Sunday, July 7, 2013

Khianat namanya jika mamat ni tak sokong Mursi


Ismail Haniyeh telah mengeluarkan kenyataan mengutuk rampasan kuasa tentera Mesir terhadap kepimpinan President Mursi.

Mengapa lambat ? Trafik jem ke? Takut ke? wakaka

Sedikit mengenai Ismail Haniyeh juga digelar Ismail Haniyah

Memegang jawatan sebagai perdana menteri palestin pada 21 Februari 2006, selepas pilihanraya yang diadakan pada bulan Januari yang memberikan beliau kemenangan besar di dalam kerusi parlimen.

Beliau terlibat di dalam arena politik semenjak beliau menjadi pelajar di Universiti Islam Gaza pada tahun 1980.

Selepas menerima ijazah di dalam Bahasa arab, beliau semakin aktif di dalam gerakan islam. Beliau melibatkan diri dalam salah satu cawangan Ikhwanul Muslimin yang dikenali sebagai HAMAS (Harakat al-Muqawwamah al-Islamiyyah). HAMAS adalah satu gerakan yang berideologi islam, gerakan ini telah melancarkan serangan terhadap Israel sejak tahun 1987.

Pada tahun 1987 dan 1988,beliau telah ditahan dan dihantar ke selatan Lebanon atas sebab melancarkan protest militant ke atas Israel. Pada tahun 1993,beliau kembali ke Gaza dan menjadi dekan di Universiti Islam Gaza, pada masa yang sama gerakan HAMAS semakin mendapat sokongan daripada rakyat Palestin.

Pada tahun 2001 dia telah menjadi salah satu pemimpin tertinggi politik dalam gerakan HAMAS. Walaupun HAMAS dikatakan sebagai satu gerakan radikal oleh pihak berkuasa kerajaan Palestin, Ismail Haniya mendapat reputasi sebagai salah seorang ahli-ahlinya yang lebih sederhana dalam gerakan HAMAS.

Sebagai perdana menteri, beliau berkhidmat dengan Presiden Mahmoud Abbas daripada parti Fatah, sehingga keganasan yang meletus di Gaza pada tahun 2007 membawa kepada Abbas membubarkan kerajaan dan “memecat” Ismail Haniya. Walaubagaimanapun, beliau berikrar untuk tetap menjalankan tugas yang diberikan. Pada Jun 2007, Presiden Mahmoud Abbas melantik bekas menteri kewangan, Salam Fayyad sebagai Perdana Menteri.

Al- Baradei lari ke Arab Saudi, Mursi bakal berkuasa kembali

Saudi memang benci Ikhwan Muslimin rupanya


adios

No comments:

Post a Comment