Thursday, July 4, 2013

Kesal dengan umno dan Najib - Ibrahim Ali mahu pandu teksi (video inside)

Beberapa hari selepas Azeez mendapat jawatan besar yang menjanjikan gaji besar sebagai penerusi LUTH, Ibrahim Ali muncul menyatakan kekesalannya terhadap Umno dan Najib.

Sudah sendapppp member kita ni. Maunya tak sentap, setelah bertungkus lumus menjaja kepentinagn melayu ke sana dan sini agar seirama dengan perjuangan umno akhirnya dia dilupakan.

Jasanya kepada umno dipandang sepi. Akhirnya Ibrahim Ali merajuk dan mahu pandu teksi.

The Malaysian Insider melaporkan seperti berikut,

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) kesal berikutan kerajaan tidak menghargai peranan mereka sebaik pilihan raya umum (PRU) berakhir.

Beliau berkata, kerajaan tidak mengambil berat isu yang dibangkitkan oleh kumpulan pendesak Melayu, sebaliknya sanggup mendengar permintaan kumpulan lain yang disifatkannya biadap dan menggugut kerajaan.

"Nasihat oleh Perkasa langsung tidak dihargai, kerajaan tak endah apa yang ditekankan oleh Perkasa"

Kerjasama baik yang kami berikan tidak disambut baik, sebaliknya kumpulan lain yang lebih agresif, biadap dan guna kaedah menggugut mendapat layanan lebih istimewa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mengungkit pertemuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Dong Zong dan Hindraf, malah menjemput paderi ke Putrajaya.

"Mereka (kerajaan) sanggup dengar permintaan dan aduan daripada kumpulan tersebut tetapi tidak pula dengan Perkasa.

"Kerajaan jumpa Dong Zong, Hindraf dan paderi sebelum pilihan raya, tapi ada tak dengar Perkasa dapat layanan sama? Ada tak pemimpin Umno yang hadir ke mesyuarat Perkasa atau rasmikan majlis anjuran Perkasa?" katanya. 3 Julai, 2013.



adios

No comments:

Post a Comment