Saturday, January 4, 2014

KDN isytihar Pertubuhan Syiah Malaysia menyalahi undang-undang

12 imam 

Kementerian Dalam Negeri mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang berkuatkuasa hari ini.

Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata keputusan itu dibuat Menteri Dalam Negeri berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Abdul Rahim berkata pengikut-pengikut Syiah pernah memohon untuk mendaftarkan pertubuhan itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Melaka pada 18 Jun 2011, namun ditolak pada 4 Ogos tahun yang sama.

Rayuan pertubuhan itu kepada Menteri Dalam Negeri turut ditolak pada 31 Okt 2011, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagaimanapun, persatuan yang tidak diluluskan ini terus bergerak aktif sehingga memudaratkan ketenteraman awam dan mencetuskan suasana keresahan dan kebimbangan dalam kalangan umat Islam di negara ini yang majoritinya mengikuti fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah," katanya.

Berita mula diterbitkan pada: Julai 24, 2013 18:27 (MYT)
Tag: Pertubuhan Syiah Malaysia, Abdul Rahim Mohamad Radzi



Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kdn-isytihar-pertubuhan-syiah-malaysia-menyalahi-undang-undang-18996?cp

adios

No comments:

Post a Comment