Sunday, July 14, 2013

Israel isytihar enam kemenangan besar akibat penggulingan Morsi

Apa pengangan agama penyokong tamarood ini?


Walaupun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melarang seluruh Menterinya mengulas tentang rampasan kuasa yang dilakukan Tentera Mesir terhadap Presiden Mesir Muhammad Mursi, namun elit Keselamatan Zionis telah melihat adanya langkah baru yang membolehkan Israel mengurangkan kesan negatif yang ditimbulkan dari Arab Spring yang selama ini terjadi.

Menurut Israel penggulingan Muhammad Mursi merupakan titik mula menuju era baru yang akan membebaskan Israel dari pelbagai ancaman yang ditimbulkan oleh Arab Spring.

Peristiwa Penggulingan Muhammad Mursi ini Bagi Israel telah membuka beberapa jalan sebagai berikut:

Pertama: mengembalikan perkongsian strategik yang telah dibina antara Israel dan Rejim Mubarak yang yang telah digulingkan, dimana perkongsian tersebut dihentikan semasa pemerintahan Mursi. Seperti kata Pengarah "Amos Yadlin", bekas ketua Bahagian Perisikan Tentera dan Pusat penelitian Keselamatan nasional Israel, kementerian Strategik yang diharapkan Tel Aviv setelah tumbangnya pemerintahan Mursi adalah untuk mencengkam kembali Mesir bagi membantu negara haram yahudi menghadapi beberapa ancaman seperti "Keganasan" di Palestin, dan kerjasama dalam menghadapi gerakan Jihad Global.

Kedua: membina semula ikatan kuasa-kuasa serantau Arab untuk kepentingan negara haram yahudi. Ikatan yahudi dengan negara arab sangat lemah ketika Ikhwanul Muslimin memimpin Mesir. Bagi kerajaan haram Yahudi Kejatuhan Mursi akan mengembalikan kekuatannya untuk membina semula ikatan di dunia arab.

Ketiga: jatuhnya Mursi akan di ikuti perdebatan awam antara pro mursi dan penentangnya, serta meningkatnya polar perseketaan antara Sunni dan Syiah yang akan menukar pandangan awam dari konflik arab-Israel. Hal ini akan memberikan negara haram yahudi berpeluang besar untuk mencapai tujuan-tujuannya di negara Arab, terutama Palestin.

Keempat: Kejatuhan Mursi menurut negara haram Yahudi adalah pukulan terhadap Hamas, dimana sepanjang pemerintahan Mursi, Hamas mempunyai strategi yang lebih baik dalam menghadapi Israel.

Kelima: berkuasanya tentera Mesir akan membuka peluang Amerika Syarikat untuk mengembalikan kedudukan strategik di wilayah tersebut dan peristiwa rampasan kuasa Mursi ini akan sangat menguntungkan bagi kerajaan laknatullah Yahudi untuk mengukuhkan kembali status wilayah haram Tel Aviv.

Keenam: Kejatuhan Mursi tidak diragukan lagi akan memberikan keuntungan bagi kepentingan kerajaan laknat Yahudi di wilayah Syria. Menurut sumber bahagian Perisikan Tentera "Aman" bahawa kerajaan Mursi telah menyumbang dalam meningkatkan kekuatan Gerakan Islam di Syria dimana hal ini bertentangan dengan kepentingan Yahudi.

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com, rejim syiah Assad dan Yahudi antara yang sangat gembira atas kejatuhan Mursi. Wallahu'alam bissawab

Jom tengok ini pula...

Bertitik tolak dengan mengandaikan bahawa semua negara dikuasai syiah adalah proksi yahudi Israel maka kita akan dapati Israel berada dalam lingkungan keselamatan yang tinggi kerana didindingi oleh negara-negara syiah. Dengan jatuhnya Morsi di tangan sekular dan syiah di Mesir maka kita akan dapati 'pagar; negara Israel semakin kukuh.

Syria dan lebanon memagari Israel di sebelah Utara, Iraq di Timur dan Mesir di Barat Daya. Apa peranan Jordan dan Arab Saudi?

Jordan dan Arab Saudi hanyalah rerumput yang 'dipijak tidak mengapa, tidak dipijak mereka hanya melata.' Kedua-dua negara ini secubit pun tidak mendatangkan  ancaman kepada Israel. Tak percaya? baca apa dilakukan oleh pemimpin-pemimpin arab di SINI

Lihat pula peta di bawah...

Di mana Palestine?

Dengan tergadainya Iraq, Luban, Syria dan Mesir kepada Syiah, maka tiada siapa lagi yang dapat menghalang Israel menakluk keseluruhan tanah Palestine. Ini adalah matlamat. Bukan baru tetapi sudah lama diidamkan oleh Zionis yang merancang penubuhan negara Israel. Selepas perang salib, Palestine adalah tumpuan dan rebutan ketiga-tiga agama langit kerana Palestine adalah tanah suci bagi ketiga-tiga agama tersebut.


Dunia hanya menunggu saat-sata indah bagi zionis mencapai cita-cita mereka menawan keseluruhan negara Palestine.

Oleh itu ternyatalah bahawa...

Islam masih jauh daripada kemenangan. Bumi Syam tidak menunjukkan tanda-tanda akan dikuasai Islamis untuk mengaitkannya dengan perang akhir zaman. Kemenangan Islam ke atas yahudi juga belum menampakkan bayangnya... Pembebasan Baitilmuqadis belum ada titik mula.

Kejahilan umat islam dalam politik, kegagalan mengelakkan fitnah yahudi dan sering menjadi mangsa konspirasi licik yahudi menjadi punca lemahnya umat sehingga ada yang menjadi barua yahudi Israel secara sedar atau tidak.

adios

1 comment: