Thursday, July 18, 2013

Gul reject surat Adly Mansour , Erdogan malukan El Baradei

Sesudah Parti Sa'adat, parti Islam Turki mengadakan himpunan menolak rampasan kuasa yang dilakukan askar Mesir beberapa hari lalu yang dihadiri lebih 100,000 rakyat dengan kehadiran pemimpin gerakan Islam dunia, kini kerajaan Turki pula memberikan tekanan kepada kerajaan "perampas" Mesir.

Ikhwanonline melaporkan kenyataan Menteri Luar Turki, Dawud Uhglu Isnin, 15 Julai seperti yang disiarkan oleh stesen televisyen NTV bahawa Turki tetap mengiktiraf Mursi sebagai Presiden Mesir. Kenyataan Ughlu itu menyusul sehari selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Reccep Toyyip Erdorgan yang berpendirian Mursi masih sebagai Presiden Mesir yang sah.

Dalam satu majlis berbuka puasa, Erdorgan dilaporkan berkata, "Dalam situasi terkini, Presiden Mesir bagi saya ialah Mursi kerana beliau dipilih oleh rakyat. Jika kita tidak melihat demikian maka kita tidak menghormati kehendak rakyat Mesir kerana kita Turki menghormati pilihan rakyat. Kita akan menghormati pihak perampas jika mereka menang melalui peti undi."

Sementara hari ini pula, Presiden Turki Abdullah Gul pula menuntut Mursi dibebaskan segera. Akhbar Turki, "Today's Zaman" turut melaporkan kekecewaan Gul terhadap rampasan kuasa tentera. Menurut akhbar tersebut, Gul menyatakan pendiriannya kepada Duta baru Mesir ke negara itu, Abdur Rahman Solahuddin yang meminta pihak berkuasa membebaskan Mursi.

Gul juga enggan menerima warkah yang diutuskan oleh Presiden sementara Mesir, Adli Mansour melalui Solahuddin petang Isnin lalu.

Akhbar Turki bernama "Aksam" pula melaporkan Erdorgan menolak permintaan Dr.Mohammed El-Baradei (yang dilantik sebagai Naib Presiden Mesir) untuk bertemu beliau kerana pendirian Turki jelas yang masih mengiktiraf Mursi sebagai Presiden yang sah.

Erdogan : Lupakanlah wahai El Baradei!


Erdogan : Lupakanlah wahai El Baradei!

Terjemahan :
Sampai kepadaku semalam satu mesej dari seorang individu namanya El Baradei.
Beliau menyatakan rasa tidak senang dan terkilan terhadap respon dan kenyataan- kenyataan dari kerajaan Turki terhadap apa yg berlaku di Mesir.

Katanya :"Dan sesungguhnya Negara Turki mempunyai seorang perdana menteri yang sangat kami sanjungi dan hormati. Dan sekiranya kerajaan Turki memerlukan apa jua pertolongan dari kami, kami bersedia dan hubungilah kami".

Wahai hadirin sekalian..
Apakah perlu kita ketawa atau menangis atas kelucuan ini?

Bagaimana boleh aku berurusan dan berbicara dgn orang seperti kamu sedangkan kamu bukanlah menteri pilihan rakyat bahkan dipilih sewenang-wenangnya oleh pihak kudeta.

Individu yang menghantar mesej kepadaku iaitu El Baradei ini, pada beberapa minggu lalu berkata bahawa pendiriannya ialah Anti Kudeta. Namun pabila dijanjikan kepadanya jawatan Presiden atau Perdana Menteri terus ia merubah pendiriannya bersama dgn kudeta dan rampasan kuasa.

Dan akhirnya beliau kini dilantik menjadi Timbalan Presiden (bagi Hubungan Luar) dan cuba tanpa segan silu ingin berurusan dengan kami. - mesir kini


video - PM Malaysia disambut penuh istiadat di Vatican


adios

No comments:

Post a Comment