Thursday, July 4, 2013

Fakta - Mengenali General Abdul Fattah al-Sisi

Anak didik Israel

Siapa General Abdul Fattah al-Sisi?

General El Sisi lahir di Kaherah pada tanggal 19 November 1954.

Setelah lulus dari Akademi Tentera Mesir pada tahun 1977, ia bertugas di korps infantri, mendapatkan pengalaman dari Marshal Tantawi dan anggota SCAF lain.

Namun, kerjayanya meluru dalam barisan tentera, ia menduduki pelbagai jawatan kanan, termasuk komander batalion infantri mekanik dan ketua maklumat dan keselamatan di sekretariat General Kementerian Pertahanan.

Dia juga pernah berkhidmat sebagai tentera Mesir di Arab Saudi.

Kemudian, General Al Sisi memegang jawatan sebagai ketua kakitangan Tentera dan kemudian menjadi Panglima Tentera wilayah Utara, beribu pejabat di Alexandria, sebelum diangkat menjadi pengarah Perisikan Tentera.

Sebelum promosi menjadi ketua angkatan bersenjata pada Ogos lalu, dia menduduki jabatan Scaf sebagai ketua Perisikan Tentera, dan merupakan pemimpin tinggi termuda.

Dalam berjalannya waktu sejak pengangkatannya, karismatik Al Sisi memaparkan pesona awam yang tenang dan jauh dari tokoh tentera yang tegas.

Diangkat Mursi memegang jawatan Presiden, banyak khabar angin yang tersebar tentang hubungan Al Sisi dengan Ikhwanul Muslimin, organisasi Islam yang membesarkan Mohamed Morsi.

Khabar angin ini pada dasarnya dihembuskan media swasta dan saluran satelit, yang biasanya menyokong pembangkang.

Pemilik dan penyampai stesen TV al-Faraeen yang pro tentera, Tawfiq Ukasha, menuduh Al Sisi sebagai "orang mereka (Ikhwan) di Scaf", dan ada laporan yang juga menggambarkan bahawa isteri Al Sisi mengenakan purdah menutupi wajah yang biasa dikenakan oleh beberapa Muslimah konservatif .

Namun, Scaf menegaskan bahawa anggotanya tidak mempunyai hubungan apapun, apalagi partisan atau ideologi dari setiap kekuatan politik di Mesir.

Mutaz Abdul Fattah, seorang profesor di Universiti Kaherah, juga mengatakan Al Sisi bukanlah anggota Ikhwanul Muslimin, ia menulis di Twitter.

"Dia bukan ahli Ikhwan, ia hanya orang yang religius," tulis mutaz Abdul Fattah.

Pada bulan Ogos 2012, surat khabar al-Tahrir juga melaporkan bahawa General Al Sisi ternyata mempunyai "hubungan yang kuat dengan para pegawai AS pada tahap diplomatik dan tentera".

Dia pernah belajar di Washington, menghadiri beberapa persidangan tentera di sana, dan terlibat dalam "kerjasama yang berkaitan dengan latihan perang dan operasi intelijen dalam beberapa tahun terakhir", katanya.

Tindakan ketenteraan baru-baru ini juga telah memberikan angin segar kepada demonstran anti-kerajaan yang memperlihatkan bahawa sikap Al Sisi tidak akan membolehkan kerajaan untuk menutup mulut suara demonstrasi mereka.

Setelah ultimatum kepada kerajaan dan lawan-lawannya untuk menyelesaikan krisis di negara itu dalam tempoh 48 jam, maka helikopter tentera membuat simpati pendemo dengan melemparkan ribuan bendera Mesir di atas para demonstran di Tahrir Square.

Kerumunan para demonstran bersorak menanggapi kejadian itu dengan meneriakan "Rakyat (Sekuler, Kristian, dan Syiah) dan tentera di satu pihak".

Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF), yang terdiri daripada 21 tokoh senior tentera yang dipimpin oleh Marshal Mohamed Hussein Tantawi, pernah memerintah Mesir pada masa peralihan selepas kejatuhan Presiden Hosni Mubarak pada bulan Februari 2011 hingga Presiden Mohamed Mursi dilantik pada bulan Jun 2012. Dewan SCAF ini dikritik selama tempoh peralihan tersebut kerana gagal melaksanakan tuntutan revolusioner.

Tahukah anda bahawa....

Netanyahu dan King Abdullah Bin Abdul Aziz antara yang gembira dengan kejatuhan Morsi


Morsi diguling oleh Menteri Pertahanan yang dilantiknya

No comments:

Post a Comment