Tuesday, July 30, 2013

EU gesa tentera berbincang dengan ikhwan

Diplomat terkemuka di Eropah menggesa kerajaan interim Mesir untuk mendekati Ikhwan Muslimin sebagai usaha menamatkan krisis semakin berdarah di negara ini, manakala penunjuk perasaan terutamanya Islamis mendesak supaya pemimpin yang digulingkan Mohammed Morsi dikembalikan kuasa.

Kesatuan Eropah cuba menjadi penngantara usaha  damai antara tentera dan ikhwan kerana protes anti kudeta yang tidak kunjung reda malah semakin besar.
.
Photo: Catherine Ashton (gambar), ketua polisi luar Kesatuan Eropah telah bertemu dengan menteri luar Mesir Nabil Fahmy pada hari Isnin.

Dalam satu kenyataan, Ashton berkata beliau menggesa keperluan "proses politik yang disertai semua kumpulan, termasuklah Ikhwan Muslimin," dan keperluan untuk menghentikan sebarang keganasan yang sedang berlangsung di Mesir. Kenyataan beliau kali ini kebanyakannya mengulangi kenyataan yang telah beliau keluarkan semasa lawatan terakhirnya pada 16 dan 17 Julai, ketika beliau bertemu beberapa pegawai berjawatan tinggi termasuk anggota-anggota kanan Ikhwan Muslimin.

Ashton dijadualkan untuk bertemu beberapa anggota kanan Ikhwan Muslimin pada petang hari yang sama, termasuklah Mohamed Ali Bishr dan Amr Darrag, kedua-duanya merupakan bekas menteri kabinet. Turut dijadualkan hadir adalah Hisham Qandil yang merupakan perdana menteri sebelum kudeta yang menggulingkan kerajaan Presiden Mursi.

Dalam laporan yang lain, Ashton telah bertemu dengan gerakan Tamarod. Salah seorang pimpinannya memaklumkan Al Jazeera bahawa mereka meminta Kesatuan Eropah mengiktiraf 30 Jun sebagai revolusi dan bukannya kudeta, dan gerakan Tamarod setakat ini enggan bertemu duta Amerika Ann Patterson serta berharap Kesatuan Eropah boleh memainkan peranan yang lebih membina.

Mereka juga berkata Kesatuan Eropah perlu menyeru agar demonstari-demonstrasi jalanan ini disuraikan.

Sumber : AlJazeera
#mesirkini
Catherine Ashton
Semalam, Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah Catherine Ashton membuat lawatan kedua ke Kaherah sejak Presiden Islam Mohammed Morsi digulingkan oleh tentera hampir sebulan yang lalu hingga menyebabkan keganasan yang telah membunuh lebih daripada 260 orang.


Catherine Ashton, ketua polisi luar Kesatuan Eropah telah bertemu dengan menteri luar Mesir Nabil Fahmy pada hari Isnin.

Dalam satu kenyataan, Ashton berkata beliau menggesa keperluan "proses politik yang disertai semua kumpulan, termasuklah Ikhwan Muslimin," dan keperluan untuk menghentikan sebarang keganasan yang sedang berlangsung di Mesir. Kenyataan beliau kali ini kebanyakannya mengulangi kenyataan yang telah beliau keluarkan semasa lawatan terakhirnya pada 16 dan 17 Julai, ketika beliau bertemu beberapa pegawai berjawatan tinggi termasuk anggota-anggota kanan Ikhwan Muslimin.

Ashton dijadualkan untuk bertemu beberapa anggota kanan Ikhwan Muslimin pada petang hari yang sama, termasuklah Mohamed Ali Bishr dan Amr Darrag, kedua-duanya merupakan bekas menteri kabinet. Turut dijadualkan hadir adalah Hisham Qandil yang merupakan perdana menteri sebelum kudeta yang menggulingkan kerajaan Presiden Mursi.

Dalam laporan yang lain, Ashton telah bertemu dengan gerakan Tamarod. Salah seorang pimpinannya memaklumkan Al Jazeera bahawa mereka meminta Kesatuan Eropah mengiktiraf 30 Jun sebagai revolusi dan bukannya kudeta, dan gerakan Tamarod setakat ini enggan bertemu duta Amerika Ann Patterson serta berharap Kesatuan Eropah boleh memainkan peranan yang lebih membina.

Mereka juga berkata Kesatuan Eropah perlu menyeru agar demonstari-demonstrasi jalanan ini disuraikan.

Setakat ini, Ikhwan Muslimin dan sekutu-sekutunya menolak sebarang urusan dengan kerajaan yang disokong tentera yang ditubuhkan selepas tentera menggulingkan presiden. Mereka berkata satu-satunya penyelesaian adalah dengan mengembalikan Morsi sebagai president.

adios

No comments:

Post a Comment