Saturday, January 4, 2014

Empat finalis Islam Miss Malaysia World ada kemungkinan bertanding semula

Berita ini pasti memeranjatkan kita semua. Setelah fatwa dikeluarkan menghalang wanita Islam memperaga diri dalam pertandingan ratu cantik kini lain pula ceritanya.

Inikah Islam cara Malaysia???

mstar melaporkan bahawa....
Empat finalis beragama Islam yang digugurkan daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World mungkin akan dibenarkan bertanding berikutan kajian semula yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali mengesahkan beliau telah mengadakan pertemuan rasmi dengan penganjur pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013, Datuk Anna Lim, pada Khamis bagi membincangkan kemungkinan wanita beragama Islam bertanding dalam pertandingan ratu cantik.

"Saya belum membuat keputusan lagi. Tetapi saya akan mengumumkan keputusan kepada umum minggu depan," kata Che Mat semasa menjawab panggilan telefon ringkas dengan Star Online.

"Keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk dipanggil semula dan mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013," kata Lim yang berkomunikasi dalam satu mesej teks.

Beliau berkata peserta Islam tidak perlu memakai bikini sebaliknya mereka akan memakai kain.- mstaronline

Kathrina Rizuan, Wafa Johanna De Korte , Sara Amelia Bernard, dan Miera Sheikh sudah menerima hakikat bahawa penyertaan mereka tidak dibenarkan agama.

Mengapa tiba-tiba Pengarah Jawi  membuat kenyataan begini. JAWI adalah institusi agama Islam yang bertanggungawab menaga nama baik agama ISlam.  Berita ini jika menajadi kenyataan bermakna memberi kemenangan kepada musuh Islam. Islam

Malaysia tidak konsisten dan mudah diperkotak katik oleh pihak tertentu demia demi mencari satu gah kepada negara melalui pertandingan ratu cantik.

Apakah alasan yang bakal diberi oleh Datuk Che Mat Che Ali jika beliau membuat keputusan membenarkan mereka bertanding semula kelak? Nak berhujah menggunakan hadis apa?

Bersunguh-sungguh netizen terutama para facebooker dan blogger menyeru  kerajaan untuk turut mengharamkan penyertaan wanita dan lelaki Islam dalam pertandingan yang menjolok mata tetapi ini pula berita yang diterima. Berita ini pasti menambah luka umat Islam di Malaysia.

adios

1 comment:

  1. peserta Islam tidak perlu memakai bikini sebaliknya mereka akan memakai kain..hahaha !

    ReplyDelete