Saturday, July 13, 2013

Demo Palestine di hadapan masjid Al Aqsa bantah rampasan kuasa Mesir

Puluhan ribu rakyat Palestine yang menyokong Presiden Morsi mengadakan demonstrasi di Hadapan Masjid Al Aqsa sebaik selesai solat Jumaat 12.7.2013.

Palestine terutamanya penduduk Gaza sangat terhutang budi kepada Morsi kerana membuka terowong-terowong dan pintu Rafah yang menjadi laluan bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada 1.6 juta penduduk Gaza yang terhimpit akibat sekatan Israel.

Sebaik sahaja Morsi digulingkan, semua terowong bawah tanah dimusnahkan. Ini menyebabkan mereka terputus bekalan barangan keperluan kehidupan mereka. Janji pemerintah tentera Mesir untuk membuka kembali pintu Rafah masih belum dilaksanakan setakat ini.




adios

No comments:

Post a Comment