Wednesday, July 10, 2013

calon PAS dalam PRK Kuala Besut


Seorang anak tempatan yang merupakan ahli perniagaan yang juga terkenal di kalangan masyarakat telah dipilih sebagai calon Pas untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) N01 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut. Muka baru yang dikenali sebagai Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long yang berumur 48 tahun.

Beliau yang merupakan anak tempatan Kuala Besut tinggal di Kampung Baru, Kuala Besut di mana kawasan ini adalah dikhaskan sebagai kawasan industri perkayuan di daerah ini. Lokasi rumahnya sangat berdekatan dengan Markas Besar PAS yang terletak di Kampung Baru akan memudahkan petugas beramah mesra dengan beliau nanti.

Che Long telah diumumkan sebagai calon oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut. Pemilihan beliau dibuat dan telah diputuskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam. Pemilihan calon muka baru dilihat sebagai suatu pendekatan baru yang diambil oleh Pas di dalam menghadapi calon Barisan Nasional di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N01 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut kali ini.

Beliau juga merupakan seorang kontraktor dan juga pernah memiliki sebuah stor kayu yang terkenal di daerah ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon.
Pilihan Raya Kecil (PRK) N01 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut itu diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk PRK DUN Kuala Besut.

Pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu, A. Rahman memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. BN menang dengan majoriti 2,434 undi.

adios

1 comment: