Tuesday, July 16, 2013

Bonus PA setengah bulan gaji tanda kerajaan mampu urus ekonomi dengan baik..... wakaka

Quepacs sebelum ini meminta bonus dua setengah bulan gaji untuk tahun ini namun apa yang mereka peroleh hanya setengah bulan gaji.

PA memang mengharapkan bonus lebih baik setiap tahun. Ini adalah kerana pemberian bonus PA tidak selaras dengan agensi kerajaan.

PA hanya mendapat bonus setengah bulan gaji sejak sekian lama kecuali pada tahun lepas PA mendapat satu setengah bulan gaji itu pun kerana PRU13. Selalunya PA hanya mendapat setengah bulan gaji atau saguhati hari raya sahaja.

Inilah laporan bernama tentang bonus kakitangan Awam 2013

Pemberian bonus kepada penjawat awam merupakan bukti keikhlasan kerajaan memperjuangkan kepentingan untung nasib rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, ia selaras dengan falsafah Gagasan 1Malaysia ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.“Ini mencerminkan kemampuan kerajaan mentadbir urus ekonomi negara dengan baik,” katanya pada majlis moreh selepas menunaikan solat Isyak dan tarawih di Surau Taman Sri Angsana Hilir, Pandan di sini, hari ini.

Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas kepada pesara kerajaan, yang akan dibuat pada 9 Ogos.

Ia memberi manfaat kepada 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan. ~bernama


adios

No comments:

Post a Comment