Monday, July 29, 2013

Anwar dan Erdogan kecam kekejaman ke atas penyokong Mursi.

Anwar Ibrahim SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan ke atas lebih 100 penyokong bekas Presiden Mohamed Mursi dan semua jemaah Masjid Rabaah Al-Adawiyah, Kaherah semalam.

Anwar juga menyifatkan kekejaman itu sebagai tanda hari gelap di Mesir sejak peristiwa "Arab Spring" pada 18 Disember 2010.

"Saya mengutuk pertumpahan darah ini yang dilakukan oleh tentera dan pasukan keselamatan.

"Tentera komander Jeneral Abdel Fattah al-Sisi bersama pemimpin-pemimpin kerajaan haram di Mesir sekarang melakukan pertumpahan darah itu dan keadilan mesti dituntut bela," katanya yang dipetik daripada kenyataan medianya, lewat malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi balas terhadap tindakan polis Mesir yang menembak mati penyokong Mursi manakala beratus lagi cedera dalam tunjuk perasaan memasuki hari ke-15 di Masjid Rabaah al-Adawiyah di timur Kaherah, semalam.

Dalam kejadian itu, pemimpin Ikhwanul Muslimin, Murad Mohammed Ali mendakwa tembakan itu dilepaskan ke arah lebih 10,000 penyokong Mursi.

Anwar turut menyeru semua pihak dan negara Islam lain supaya mengutuk tindakan kejam itu dan mendesak ia dihentikan serta-merta.

Sementara itu Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam keras serangan polis Mesir terhadap penyokong presiden Dr Muhammad Mursi yang dilakukan di tengah bulan suci Ramadhan. Perkara ini disampaikannya dalam majlis berbuka puasa bersama syarikat pengusaha Turki.

“Kita melihat bahawa hati mereka sedikitpun tidak menjadi lebih baik, walaupun berada dalam bulan Ramadhan. Ketika kaum Muslimin sedang bersiap untuk sahur, sekali lagi serangan berlaku di Mesir. 200 orang telah gugur syahid. Setelah melanggar kehendak rakyat, mereka yang menggulingkan pemerintah kini membantai rakyat.

Rakyat Mesir sedang menunjukkan kehormatan mereka di hadapan kudeta tentera selama berminggu-minggu. Mereka tidak memiliki sebarang bom molotov ataupun senjata, mereka hanya memiliki kesabaran. Mereka melarang vandalisma. Apa yang tidak berlaku di negara kita sedang terjadi di Kaherah dan Iskandariah?

Rakyat menyeru para penguasa untuk mengakhiri rampasan kuasa dan mengembalikan kekuasaan kepada presiden pilihan mereka. Bukannya mahu mendengar aspirasi rakyat, para pelaku kudeta Mesir bertindak balas dengan mengirim para penjahat dengan senjata dan peluru. Anda tahu apa yang membuatkan saya sedih? Ketika 200 saudara-saudara saya dibunuh dan 5000 ribu lainnya tercedera, ada orang-orang (bebal) yang bersuka ria dengan bunga api di Medan Tahrir. Siapa orang-orang ini? Kita harus berwaspada dengan kejahatan seperti ini.

Dimana Eropah? Dimana Amerika? Dimana nilai-nilai Eropah itu? Mereka yang mengajar (kami) erti demokrasi, dimana demokrasi itu? Dimana PBB? Mereka yang berteriak marah ketika polis Turki menyembur air dan gas pemedih mata dengan cara yang dibenarkan undang-undang, dimana mereka setelah rampasan kuasa dan pembantaian berlaku di Mesir? Mereka yang memasang iklan di akhbar-akhbar (tentang buruknya HAM di Turki), ratusan orang telah dibantai semalam, Mengapa engkau buta? BCC dan CNN yang melaporkan berjam-jam demonstrasi rusuh di Istanbul, mengapa engkau tidak membuat liputan mengenai tragedi ini?

Dunia Muslim, saudara-saudara anda dibantai. Bila anda peduli? Kami lebih dari tahu siapa yang berada di sebalik rampasan kuasa ini. Kami ingin mereka semua segera berundur. Salam dari kami buat saudara-saudara kami yang berdiri tegak melawan kudeta dari Istanbul. Semoga Allah bersama rakyat Mesir…”

Sumber : Islamedia, AlJazeera
‪#‎mesirkini‬

adios

No comments:

Post a Comment