Tuesday, July 30, 2013

Amerika kutuk pembunuhan di Mesir



Rumah Putih mengutuk tindakan keras berdarah tentera Mesir ke atas pembantah pada hari Isnin tetapi tidak mengambil sebarang tindakan segera bagi menggantung bantuan ketenteraan AS ke Mesir.

Jurucakap Rumah Putih Josh Earnest (gambar) berkata tindakan keras tersebut, dimana 80 orang telah ditembak mati di Kaherah, membantutkan proses pendemokrasian di Mesir dan tidak sejajar dengan janji kerajaan sementara untuk segera kembali ke pemerintahan awam.

Tetapi apabila ditanya samada keganasan ini akan menyebabkan Amerika menggantung bantuan kepada tentera Mesir, Earnest berkata, "Saya tidak ada sebarang perubahan dalam pendirian kami untuk dilaporkan pada hari ini." Menurut beliau bantuan tersebut sedang dalam penilaian semula, status yang sama sejak rampasan kuasa tentera sejak 3 Julai.


adios

No comments:

Post a Comment