Wednesday, July 17, 2013

Al Sisi beri maklumat rampasan kuasa kepada Israel tiga hari sebelum bertindak

Penganalisis tentera Israel Roni Daniel mendedahkan bahawa General Abdul-Fattah al-Sisi memaklumkan kepada Israel usahanya untuk menghapuskan Presiden Mohamed Morsi tiga hari sebelum rampasan kuasa.

Bercakap kepada saluran TV Israel 2, Daniel berkata bahawa Al-Sisi meminta Israel untuk memantau pergerakan Islam Palestin, Hamas yang memerintah Gaza.

Beliau berkata Al-Sisi takut Hamas, tetapi rasa takut hilang selepas mendapat jaminan Israel bahawa segala-gala di Gaza telah berada di bawah pengawasan yang ketat. Israel menasihatkan Al-Sisi untuk memusnahkan terowong.

Daniel menegaskan bahawa rampasan kuasa tentera di Mesir adalah penting kepada Israel dan ia telah menjadi "urgent demand" kepada Israel.

Penganalisis ketenteraan tidak teragak-agak untuk mengesahkan berita mengenai hubungan antara Al-Sisi dan Mohamed El-Baradei dari sebelah Mesir dan pegawai-pegawai kerajaan dari pihak Israel.

Beliau berkata bahawa El-Baradei bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sekali sebelum rampasan kuasa dan sekali lagi selepas rampasan kuasa. Menurut Daniel, Israel berjanji kepada Al-Baradei untuk membantu melobi untuk mendapat pengiktirafan Barat kepada kerajaan baru (selepas Morsi).

Tentera Mesir mula merosakkan terowong Gaza beberapa hari sebelum rampasan kuasa berlaku. Terowong tersebut merupakan nadi utama bagi penduduk Gaza yang hidup dibawah kewpungan Israel dan sekatan antarabangsa yang sejak 2006.

Hamas menegaskan, mereka telah mengatakan bahawa mereka tidak mencampuri hal ehwal dalaman negera Mesir. -middleeastmonitor

Begitulah percaturan musuh islam terhadap islam. Al Sisi tanpa segan silu meminta bantuan Israel. Baradei menemui Netanyahu, dan yang paling penting melantik yahudi menjadi president. Sanggup menjadi dalang kepada kemusnahan saudara sendiri di Gaza. Di manakah agama mereka ini.

Siapa mereka sebenarnya?

Al baradei berbinikan syiah, Adli Mansur seorang yahudi, dan Amru Musa ada hubungan dengan Tzipi Livni. Apa berlaku antara Amru Musa dengan Tzipi Livni? Mengapa Amru Musa seperti lembu dicucuk hidung setelah bertemu dengan Tzipi Livni. Adakah kesilapan lalu membuatkan beliau mudah diugut. Maklum sahajalah Tzipi Livni mengaku meniduri ramai pemimpin-pemimpin arab untuk mendapatkan maklumat semasa menjadi perisik Israel. Adakah itu punca yang membuatkan Amru Musa jadi lembu?

Ingatkah kita ketika umat Islam di Madinah dikepong dalam peperangan Ahzab? Ketika itu, umat Islam kelihatan amat lemah kerana seluruh musuhnya berkonspirasi untuk menjatuhkannya. Namun, keyakinan Rasulullah [s.a.w] terhadap masa depan Islam semakin tinggi. Ketika baginda [s.a.w] memecahkan seketul yang gagal dipecahkan oleh sahabat lain; baginda [s.a.w] menggambarkan harapan masa depan Islam. Pecahan pertama, baginda menggambarkan Rom akan berada di bawah kekuasaan Islam. Pecahan kedua, baginda menggambarkan Parsi akan berada dibawah kekuasaan Islam. Begitulah seterusnya.

Hari ini, seluruh musuh-musuh Islam, mengepong Khilafah Islamiyah di Mesir. Amerika, Israel serta balaci-balacinya adalah umpama pasukan 'Ahzab' abad ini yang kelihatan seolah-olah sangat kuat.

Namun, jiwa kita mestilah besar, sebesar jiwa Rasulullah [s.a.w]. Kita wajib yakin bahawa masa depan adalah untuk Islam.

Walau umat Islam kelihatan lemah dan terkepong hari ini, namun Allah pasti akan menyempurnakan kemenangan agamaNya sebagaima yang Allah telah janjikan...

adios

No comments:

Post a Comment