Thursday, July 18, 2013

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu dibidas Timbalan Speaker Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Dari BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir malu besar apabila Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said menegur perbahasan Ahli Parlimen BN itu yang diibarat seperti bercakap di kedai kopi...

Teguran tersebut ekoran Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu melabelkan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali sebagai ‘profesor kangkung’.

Penghinaan itu merujuk pujian Azmin terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Kulim Bandar Baharu harus tahu membezakan antara perbahasan di Parlimen dan di kedai kopi,” kata Ismail seterusnya meminta Abdul Aziz memohon maaf kepada Azmin dalam Dewan Rakyat sebelum meneruskan perbahasan hari ini.

Terdahulu, Ismail mengesahkan Abdul Aziz telahpun memohon maaf kepada Azmin...


adios

1 comment:

  1. Memang sahlah taraf politik MP Bandar Baru Kulim ni sama dengan politik kedai kopi.Tapi tak memeranjatkan, kerana rata2 itulah ciri2 kebanyakan MP Umno/BN.

    ReplyDelete