Thursday, June 27, 2013

Ulama Syria perlu diselamatkan - HUSAM

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bercadang membawa ulama-ulama dari Syria, yang kini berdepan konflik berdarah bagi membolehkan mereka mendapat perlindungan sementara di Malaysia.“Sesuai Kelantan sebagai Serambi Mekah, maka elok ulama-ulama besar dari Syria dibawa ke sini bagi membolehkan kita berkongsi ilmu agama dengan mereka.

“Kita tahu Syria mempunyai ulama-ulama besar. Malah di bumi Syrialah terletak kubur Nabi Ayub, didiami juga ulama tersohor termasuk Imam Nawawi,” katanya di sini. Syria kini menyaksikan pertumpahan darah sehingga menyebabkan ratusan ribu rakyat menjadi korban. Presiden Bashar al-Assad dibantu Hizbullah dan Iran dilapor menggempurkan kebangkitan rakyat.

Revolusi kebangkitan rakyat bermula di bandar selatan, Daraa pada pertengahan Mac tahun lepas ekoran penahanan sekumpulan kanak-kanak sekolah yang terlibat melukis grafiti antikerajaan.Media melaporkan pengawal Bashar menahan pelajar-pelajar terbabit sehingga menimbulkan bantahan keluarga mereka. Ekoran itu mencetus tunjuk perasaan sehingga merebak ke beberapa bahagian di Syria, selepas pasukan keselamatan rejim Assad bertindak ganas.

Husam berkata, umat Islam di negara ini perlu turut membantu ulama-ulama besar dari Syria bagi mengelakkan lebih ramai alim ulama terkorban dalam konflik yang berlaku sekarang.“Lebih-lebih lagi menjelang kedatangan Ramadan tidak lama lagi, kehadiran ulama besar dari Syria membolehkan kita menimba ilmu agama daripada mereka,” katanya.

Husam yang baru kembali dari sempadan Syria di sebelah Jordan minggu lepas turut memberitahu keadaan kem-kem pelarian di sempadan Jordan begitu dhaif sekali.Katanya, puluhan ribu pelarian sedang berdepan dengan ribut pasir yang sedang melanda.“Ketika saya dan rakan-rakan membuat tinjauan di kem tersebut berlaku ribut pasir yang begitu kuat. Namun pelarian terus bertahan di situ dalam keadaan serba kekurangan.“Oleh itu wajar rakyat di Malaysia turut menghulur bantuan kepada mereka, lebih-lebih lagi mereka juga akan menghadapi Ramadan dalam serba kekurangan,” katanya. [HD]

Islam berkembang setelah melalui pelbagai rintangan dan peperangan. Pembahagian peranan dalam memastikan Islam berkembang maju ke seluruh pelusuk dunia yang digunapakai ketika itu harus digunapakai di era moden ini.

Yang gagah ke medan perang, yang lemah (wanita dan kanak-kanak) membantu di pengkalan, dan yang alim ulama dilindunmgi kerana ilmu Islamnya diperlukan untuk generasi mendatang. 

Kes Syria adalah istimewa kerana tentera Bashar mensasarkan semua ulama sunni untuk dibunuh untuk melemahkan islam dan menguatkan syiah..

Oleh itu ulama Syria juga perlu dilindungi dari peperangan yang meragut nyawa ramai mujahidin dan ulama itu. Gua sokong Husam. Selamatkan ulama

Jika semakin ramai ulama mati, makin ramailah yang akan mengamalkan agama suku dan politik suku... wakaka



NASA sahkan kemungkinan matahari akan terbit dari Barat

Rahsia para wali dapat bergerak dengan cepat

video zikir tari - harus bukan haram tapi menjengkelkan.


adios

No comments:

Post a Comment