Wednesday, June 26, 2013

Terengganu dah biasa, Penang dah merasa dan kini Putrajaya pula RUNTUH - tahniah

Hikmah dari kejadian-kejadian yang terjadi di alam semesta ini seperti banjir, gempa bumi dan angin ribut bukan semata-mata kerana azab Ilahi. Namun ia memiliki banyak pengaruh.

Di antaranya ialah berbagai nikmat Ilahi, penyedaran manusia dari kelalaian, dan juga sebagai peringatan bagi penzalim, orang yang melampaui batas dan sebagainya. Hal ini semua dapat dijadikan sebagai hikmah dalam kejadian bencana-bencana alam.

Hari ini Putrajaya mengalami ribut dan angin yang kuat sehingga menerbangkan atap-atap apartment dan pokok banyak yang tumbang, syukur Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Semasa kejadian kebetulan aku ada kat rumah, Queachmad.com yang menghantar gambar- gambar kejadian ini kepada aku..Jom pakat tengok deh..Sesudah jerebu melanda Allah menghantar hujan dan angin dan menguji hambanya supaya bersyukur dan redha segala nikmat yang dikurniakan..


Berikut adalah apa yang ditulis di Facebook Tengku Adnan Tengku Mansor dan gambar ‘runtuh’ disebabkan ribut yang berlaku di Putrajaya. Apa menatang yang runtuh tu tidak dapat dipastikan. Tapi runtuh tetap runtuh.

Apa punca struktur daripada besi juga boleh runtuh? wakaka!

" Alhamdulillah, bencana ribut yang melanda Putrajaya tadi tidak melibatkan nyawa penduduk di sini. Walaupun berlaku kerosakan kerana bumbung tangki air di apartment Presint 15 dan di apartment Presint 14 diterbangkan angin namun syukur kerana tidak ada individu yang terlibat. Ada juga pokok tumbang di sekitar Presint 9 dan 10 dan pihak bomba dan penyelamat melaksanakan kerja-kerja agar tidak menyulitkan masyarakat tempatan. Semoga kediaman kita dan negara yang tercinta ini terus dipelihara Allah SWT dan kita semua terus diperkuatkan iman." – FB Ku Nan

Presint 15 Putrajaya Paling Terjejas ( Gambar ) |








Awek R yang meletop bikin ustaz tersipu-sipu 


adios

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete