Friday, June 7, 2013

Tajudin Zainal Abidin, 45 dikenalpasti mangsa runtuhan jambatan Penang II

GEORGETOWN – Identiti mayat seorang lelaki yang terperangkap di dalam runtuhan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung, dikenal pasti sebagai Tajudin Zainal Abidin, 45.

Mangsa yang berasal dari Kampung Permatang Damar Laut, di sini, dipercayai masih bujang itu adalah bekas anggota polis.

Polis sebelum itu menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan tertunduk di tempat duduk pemandu sebuah kereta jenis Perodua Kelisa di bawah runtuhan itu.

Setakat ini, usaha untuk mengeluarkan mangsa masih diteruskan pasukan penyelamat dan operasi sudah memakan masa hampir 24 jam. – BERITA HARIAN

Inilah gambar kenderaan yang dihempap jambatan - siap no plate sekali


adios

No comments:

Post a Comment