Wednesday, June 26, 2013

Rampas Kuala Besut permudah tawan Terengganu


Satu pilihan raya kecil dijangka akan diadakan ekoran kematian ADUN Kuala Besut, A Rahman55, yang meninggal dunia hanya beberapa minggu selepas pilihan raya umum 5 Mei.

Dalam pilihan raya tersebut, A Rahman menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.


Kawasan berkenaan terdiri dari lebih 16,600 pengundi, yang mana 99 peratus daripadanya terdiri dari pengundi Melayu

Dr A Rahman Mokhtar yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)  meninggal dunia selepas seminggu di wad.

Allahyarham, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi ini.

Beliau disahkan meninggal dunia akibat paru-paru berair.

PAS rakam takziah

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar keluarganya bersabar dengan ujian yang dihadapi ini.

"Saya berharap keluarga Allahyarham bersabar dan menerima hakikat setiap manusia akan berakhir dengan kematian, termasuk kita. Mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan ditempatkan di kedudukan yang terbaik di sisi-Nya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyatakan PAS akan mengadakan ziarah, hari ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang yang agak 'friendly' dan tidak terlalu protokol dengan masyarakat.

"Ada kelebihan bagi batang tubuh Allahyarham, di mana tidak terlalu protokol dengan masyarakat dan memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat. Moga-moga segala khidmat beliau itu mendapat ganjaran sebaiknya," kata beliau lagi.

Fakta
Sekiranya PAS menang di Kuala Besut dalam PRK yang bakal dilangsungkan, maka jika ada kemenangan dalam petisyen mahkamah akan memudahkan Terengganu dirampas semula daripada BN.

Majoriti 2434 itu agak besar dan memerlukan kerja kuat jentera pilihanraya PR terutamanya PAS yang pastinya akan bertanding lagi di sana.


Terengganu dah biasa, Penang dah merasa dan kini Putrajaya pula RUNTUH

ustaz tersipu-sipu dikelilingi aweks R


adios

No comments:

Post a Comment