Friday, June 7, 2013

Jambatan runtuh - Lim Guan temani pasukan penyelamat hingga subuh

Perbuatan macai yang memburuk-burukkan Lim Guan Eng ekoran daripada kejadian runtuhan di jambatan kedua Pulau Pinang itu adalah satu kesilapan besar kerana Lim Guan Eng tiada kena mengena dengan projek tersebut.

Walaupun projek itu adalah projek persekutuan namun Lim Guan Eng tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua menteri Pulau Pinang. Beliau tiba di lokasi kejadian pada jam 9.00 malam dan menunggu di sana sehingga subuh. Jam 2.30 am Lim guan Eng masih kelihatan di sana.

Lim Guan Eng menunggu dari jam 9.00 pm. jam 2.30 am beliau masih di sana.
Projek tersebut adalah kebanggaan Barisan Nasional yang dirancang semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dab diteruskan di zaman Najib iaitu bermula pada 2008.

Pada Ogos 2006, kerajaan persekutuan Malaysia mengatur pelan untuk membina Jambatan Kedua Pulau Pinang yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Pada 12 November 2006, majlis penanaman cerucuk besi Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Projek ini pernah ditunda selama sembilan bulan kerana masalah reka bentuk dan kenaikan harga barangan binaan.

Projek yang telah 94% siap itu dijangka dibuka kepada umum pada September 2013. Mungkin tertunda lagi berikutan kejadian runtuhan ini... wakaka

Majlis perasmian jembatan PP 2

adios

No comments:

Post a Comment