Thursday, June 13, 2013

ini bukti arak adalah punca sebenar demo di Turki

Demonstrasi di Turki dari kaca mata lain : gambar-gambar yang menjelaskan hakikat sebenar disebalik demostrasi di Turki.

Gambar-gambar mengenai demonstrasi di Turki yang disebar oleh para aktivis di media social semalam mendedahkan hakikat sebenar mereka, iaitu memprotes undang-undang yang berkaitan dengan penjualan arak dan pengiklanannya, yang telah diluluskan oleh parlimen Turki.

Dibawah undang-undang ini, parlimen Turki melarang syarikat-syarikat yang menjual arak untuk menganjurkan (sponsor) mana-mana akiviti umum, begitu juga di tempat penjualan arak tidak dibenarkan mempamerkannya secara terbuka.

Menurut undang-undang tersebut, termasuk larangan iklan di TV, filem-filem, klip video dimana termasuk iklan gambar-gambar yang mengalakkan pengambilan arak, termasuklah larang menjual arak antara pukul 10malam sehingga 6pagi, dan mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang memandu dibawah pengaruh arak.

Pihak aktivis mengesahkan bahawa demonstrasi tersebut bukanlah disebabkan perancangan kerajaan untuk mengantikan “Gezi Park”, yang terletak di kawasan komersial bandar Istanbul dan merupakan ruangan hijau yang terakhir di pusat Bandar tersebut, dan digantikan dengan membina replika barrack tentera Uthmainiyah sebagaimana yang disebarkan oleh media, akan tetapi adalah kerana undang-undang arak yang telah diluluskan. [FB kamin] oleh al ahkam



SAKSIKAN LEBIH BANYAK GAMBAR DALAM VIDEO INI




1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete