Sunday, May 26, 2013

wayang wan ahmad tamat - gambar blackout adalah tulin

Gambar yang ditunjukkan Wan Ahmad adalah asli dan kejadian elektrik padam tersebut benar-benar berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang, di bilik pengiraan undi Saluran 3.


Ia diakui oleh calon PAS untuk kerusi Seri Serdang, Noor Hanim di mana tempat berlakunya insiden tersebut dan gambar tersebut diambil oleh Counting Agent calon tersebut.

“Counting Agent kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku.”

“Saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat.”

“SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti,” kata Noor Hanim. Rujuk HarakahDaily

adios

No comments:

Post a Comment