Friday, May 31, 2013

wayang untuk elak tunai manifesto turun harga kereta dah start - mai tengok wayang free tak payah bayar

Antara manifesto Barisan Nasional yang dikemukakan menjelang PRU13 yang lalu ialah menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30% secara berperingkat..

Menariknya apabila Najib mengumumkan manifesto yang diciplak tersebut, pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang mengkritik idea menurunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat itu, tiba-tiba menyokong pula idea itu..

Manifesto yang diciplak dari manifesto Pakatan Rakyat itu tidak menjelaskan berapa lamakah masa yang akan diambil untuk melaksanakannya..

Itu janji sebelum PRU13, tetapi setelah PRU13 berlalu..

Hari ini firma penyelidikan, JF Apex Securities mendedahkan Kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton..

Dalam nota hari ini, firma penyelidikan itu berkata kajian daya maju perlu dilakukan untuk melihat impak keseluruhan bagi mengelak gangguan ke atas ekosistem automotif negara.

KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton, kata JF Apex Securities.

Dalam nota hari ini, firma penyelidikan itu berkata kajian daya maju perlu dilakukan untuk melihat impak keseluruhan bagi mengelak gangguan ke atas ekosistem automotif negara.

"Kami tidak menjangkakan perubahan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, sementara menunggu perkembangan terkini semakan ke atas Dasar Automotif Negara," kata JF Apex.

Kerajaan berjanji menurunkan harga kereta antara 20 peratus dan 30 peratus sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

JF Apex berkata pasaran kereta terpakai akan teruk terjejas jika harga kereta dikurangkan antara 20 peratus dan 30 peratus menerusi pengurangan duti eksais antara 75 peratus dan 105 peratus, yang menyumbang kepada sebahagian besar harga kereta.

"Pengurangan harga kereta akan mengurangkan insentif untuk menjual kereta terpakai memandangkan nilai kereta terpakai jatuh teruk," katanya.

Pada masa yang sama, kata firma penyelidikan itu motivasi untuk membeli kereta baharu adalah lebih tinggi memandangkan harga yang murah terutama bagi pembeli kali pertama Model Segmen B.

Bagaimanapun, minat tidak akan sama bagi pemilik kereta sedia ada yang mahu menjual kereta lama untuk membiayai kereta baharu.

"Namun impak pasaran kereta terpakai terkawal, memandangkan kerajaan tidak akan membenarkan perubahan drastik dalam sekelip mata kerana ini akan memberi kesan kepada industri automotif secara keseluruhan," kata JF Apex.

JF Apex juga berkata minat pembeli juga akan terarah untuk membeli kereta import dalam jangka panjang jika pengurangan duti eksais dilaksanakan, dengan pengurangan 30 peratus merupakan penjimatan yang besar.

"Atas sebab ini, jika pengurangan 30 peratus dilaksanakan, kami menjangkakan permintaan untuk kereta mewah akan meningkat, yang semestinya memberi manfaat kepada pembuat/pengedar seperti UMW (Lexus) dan DRB-Hicom (Volkswagen, Mercedes Benz).

"Ini akan mengorbankan Proton dan Perodua memandangkan hampir semua komponen kereta berkenaan dipasang dalam negara dan tidak dikenakan duti eksais," katanya. - Bernama

Kesimpulan dari hasil penyelidikan JF Apex ini ialah.. masa yang lebih lama diperlukan untuk menurunkan harga kereta..

Lebih lama itu mungkin empat tahun lagi atau lebih iaitu ketika menghampiri PRU14 nanti..

Selain itu untuk mengelakkan Proton dan Perodua yang dikuasai kroni UMNO/BN terkorban dengan penurunan cukai kereta itu adalah lebih baik rakyat diperah untuk membayar cukai itu..

Ini kerana..'Melayu mudah lupa....' bila tiba PRU14 nanti ramai yang dah lupa manifesto UMNO/BN ini terutama sekali macai-macai UMNO..

Kalau nak mencekik rakyat dengan GST mereka kata kita perlu mencontohi negara maju untuk turut maju.. tapi pasal apa harga kereta ni tak boleh diikut apa yang negara maju amalkan?

Tak cukupkah lagi 27 tahun Proton dilindungi oleh Kerajaan? -ASD

Roketkini tidak melepaskan peluang membelasah BN dalam isu ini

KUALA LUMPUR, 29 MEI: Belum sampai sebulan mendapat ‘mandat minoriti’, kerajaan Barisan Nasional (BN) mula mengkhianati janji manifesto untuk menurunkan harga kereta antara 20 dan 30 peratus peratus dengan alasan tidak munasabah dan memalukan.

Tembelang BN itu terbongkar dengan sendirinya apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed mengumumkan bahawa penurunan harga kereta hanya akan dilakukan selepas lima tahun, bukannya dalam masa terdekat.

“Pengumuman itu seolah-olah memberitahu rakyat Malaysia bahawa mereka boleh melupakan impian membeli kereta dengan harga lebih murah dalam masa terdekat ini,” kata Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, Mustapha juga cuba mengalih perhatian ramai daripada persoalan asal apabila menyatakan penurunan harga kereta akan memberi kesan serius kepada industri yang membabitkan 200,000 peluang pekerjaan dan risiko penutupan perniagaan.

Menolak hujah dangkal Mustapha itu, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat (PR) berjanji menurunkan semua duti eksais secara berperingkat-peringkat selama lima tahun dan bukan menurunnya secara sekaligus.

“Ia cuma akan membabitkan pengurangan empat hingga lima peratus harga kereta malah kesan terhadap perniagaan kereta terpakai juga sangat sedikit.

Pua menambah, perkara yang lebih memalukan apabila Mustapha seolah-olah memperbodohkan dirinya kerana penurunan harga kereta itu adalah daripada cukai kerajaan dan bukannya pengurangan keuntungan syarikat penjualan kereta.

“Pengurangan cukai kereta akan meningkatkan pendapatan boleh guna yang sebenarnya oleh rakyat Malaysia dan memacu pertumbuhan ekonomi dalam sektor lain,” jelasnya.-Roketkini.com

adios

No comments:

Post a Comment