Sunday, May 26, 2013

video terindah Dataran PJ jadi medan kelip-kelip kerana Chegu Bard

Antara tiga video yang gua paparkan hari ini, video Chegu Bard adalah yang paling menyentuh perasaan.

Chegu bard telah meminta lampu limpah Dataran Petaling Jaya itu dipadamkan supaya para reformis yang hadir dapat mnghidupkan suasana dengan pemetik api dan cahaya telefon bimbit masing-masing.

Sebaik lampu limpah dipadamkan, para refromis  mengeluarkan gajet masing-masing dan terpancarlah cahaya-cahaya indah. Keadaan semasa itu tidak ubah seperti suasana malam gelap disinari cahaya kelip-kelip.

Himpunan menolak penipuan pilihanraya yang diadakan di Dataran Petaling Jaya, Padang Timur malam tadi mendapat sambutan warga Petaling jaya yang sejak sekian lama dikuasia DAP. Himpunan yang dihadiri 100 ribu pengunjung itu berlangsung dengan aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Layan video kelip-kelip Petaling Jaya dulu...


Berikut adalah video ucapan pimpinan PR dalam program tersebut


Ini pula adalah gambaran suasana di awal kehadiran pejuang reformasi


adios

No comments:

Post a Comment