Wednesday, May 29, 2013

video - Saksikan dan nilai sendiri penyokong Jahor Darul Takzim idi stadium Darul Makmur

Kuantan 28 Mei 13: Kekecohan berlaku di Stadium Darul Makmur pada perlawanan separuh akhir Piala FA antara Pahang bertemu Johor Darul Takzim malam ini apabila sebahagian penyokong Johor bertindak memasuki padang kerana tidak berpuas hati perlawanan ditunda.

Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong Johor cedera kerana terkena balingan objek keras yang dipercayai dari luar stadium.
Polis bertindak cepat dengan mengawal keadaan supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Tindakan berkenaan dipercayai akibat tidak berpuas hati kerana pasukan Johor Darul Takzim enggan meneruskan perlawanan walaupun polis sudah memaklumkn keadaan terkawal dan selamat kira-kira jam 10.15 malam.

Terdahulu perlawanan sepatutnya bermula kira-kira jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.

Keadaan itu memaksa Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah terpaksa turun ke kawasan trek dan padang untuk memujuk penonton beransur-ansur meninggalkan kawasan berkenaan supaya perlawanan dapat dimulakan.

Komen gua

Kehadiran lebihan penonton daripada yang sepatutnya berlaku dipercayai kerana sikap cari duit luar orang tertentu.

Johor Darul Takzim adalah pasukan yang dipenuhi ramai bintang bolasepak negara. Menyedari keadaan itu ada pihak menjual kembali tiket telah diguna yang sepaturnya diceraikan.

Dipercayai ada kerjasama orang dalam dengan ulat tiket yang menjualnya kembali kepada penonton yang tidak berjaya mendapat tiket.

Biasanya FAM akan hanya mengeluarkan tiket bersesuaian dengan kapasiti sesbuah stadium. Kapasiti bagi stadium Darul Makmur adalah 40ribu sahaja dan diberitakan kemasukan peminat kedua-dua pasukan menjangkau 60 ribu.

Kemungkinan kedua adalah penjualan tiket palsu tetapi ianya agak sukar kerana syarikat pencetak pasti tidak akan berani berbuat demikian kerana membabitkan masa depan syarikat sedangkan upahnya adalah kecil.





adios

No comments:

Post a Comment