Saturday, May 18, 2013

video berita pilihanraya Malaysia dari TV Hong Kong ... gua translate wakaka


Salam sejahtera penonton, Saya Yan Ling, Hari ini 9 Mei bersamaan calendar cina March 30. Selamat menonton buletin 30min,

Terlebih dahulu mari kita lihat liputan berita dari Malaysia.
Piliharaya Malaysia sudah tamat beberapa hari lalu tetapi masih dalam tanda tanya.

Malam 8 Mei,Kuala Lumpur,Malaysia, 120k rakyat hadir di Kelana Jaya,Petaling sungguhpun hujan. Kehadiran rakyat sebab ingin protes terhadap pilihanraya ke-13 ini yang penuh dengan ketidak adilan.

Ramai yang berpakaian hitam berarak ke stadium ini. Kira2 lebih pukul 9pm stadium ini sudah penuh dengan orang(120k),

manakala jalan berbelahan stadium sesak dengan kenderaan. Leader PakatanRakyat, Anwar Ibrahim berkata pilihanraya ini tidak adil dan dia tidak akan berputus asa sungguhpun Pakatan sudah menang dalam kerusi "popular vote".

Beliau akan terus berarak ceramah protes ini diseluruh Malaysia untuk membuktikan kepada Najib(UMNO-BN) bahawa

ini bukan tsunami cina tetapi tsunami rakyat. PakatanRakyat, Lim Kit Siang, pula berkata dengan melihat kehadiran rakyat di sini bukanlah seperti apa Najib  cakap "tsunami cina" tetapi rakyat yang kecewa dengan pilihanraya ini serta minta penyokong agar berubah dari kemarahan kepada kekuatan untuk bangkit dalam pilihanraya ini.

Protes ini berakhir dengan laungan BERSIH dalam pilihanraya dan nyanyian lagu Negaraku.
Salam dari Buletin 30min. dialihbahas oleh Kok Wee




adios

No comments:

Post a Comment