Friday, May 31, 2013

Ucapan Adam Adli dan Masturah malam solidariti untuk Safwan Anang di Sungai Buluh


Adam Adli yang masih dalam proses perbicaraan atas tuduhan menghasut telah hadir di Sungai Buluh bagi sama-sama menunjukkan solidariti kepada Safwan Anang.

Safwan Anang 23 tahun menolak untuk membayar ikat jamin sebanyak RM5000 sebaliknya memilih untuk tinggal di penjara sementara menunggu perbicaraan.

Safwan Anang adalah seorang suami kepada Masturah Abu Baka yang kini sarat mengandung anak pertama mereka.

Masturah isteri Safwan Anang berucap menceritakan perjuangan suaminya. Sebak dan terharu dengan sokongan rakan-rakan dan rakyat Malaysia.

Ada yang datang sejauh dari Terengganu. Ini bukan kali pertama suaminya ditangkap sepanjang dua tahun perkahwinan mereka.

Pada awal perkahwinan mereka Suaminya pernah ditangkap dan dibelasah teruk oleh polis di hadapan UPSI.

video ucapan Adam Adli


video ucapan Masturah (isteri Safwan Anang)


adios

No comments:

Post a Comment