Monday, May 27, 2013

petugas spr dikurung untuk pangkah undi...- Saifuddin

PETALING JAYA 15 MEI: KEADILAN mendedahkan satu lagi bukti penemuan terbaru berhubung penipuan pilihan raya melibatkan calon BN Parlimen Besut, Terengganu.

Menurut Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, bukti tersebut baru diterima Sekretariat Pakatan Rakyat pagi semalam dan ia dihantar oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Besut.

“Pagi tadi (semalam) satu laporan polis dibuat oleh petugas SPR di Besut yang mendedahkan pada hari mengundi, calon BN Parlimen itu telah mengurung 24 petugas termasuk beliau untuk memangkah kertas undi,” jelas Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat parti, petang semalam.

“Kini kita (Pakatan) ada 29 kawasan Parlimen yang mempunyai bukti kukuh menjelaskan dakwaan kita berhubung penyelewengan pilihan raya,” kata Saifuddin yang enggan mendedahkan sebuah lagi kawasan lain.
Menurutnya lagi, salinan laporan polis tersebut diserahkan kepada pasukan penyiasat Pakatan Rakyat yang diketuai Rafizi Ramli.

“Kita ada bukti kukuh untuk menjelaskan kenapa kita menolak keputusan di sesetengah kawasan, dan proses pengumpulan bukti masih berjalan,” katanya.
Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, calon BN Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menang memperolehi 35,232 undi menewaskan calon PAS, Riduan Mohamad Nor 26,890 undi dengan majoriti 8,342.
Isnin lalu, Rafizi memberitahu, terdapat 27 kawasan Parlimen yang akan disiasat dan membuat petisyen bantahan berhubung penipuan pilihan raya. - Keadilandaily.com


adios

No comments:

Post a Comment