Saturday, January 4, 2014

Penjawat Awam keturunan cina bangkit jawab utusan secara terbuka


9 MEI — Saya mempunyai nama Cina, berketurunan Hokkien dan beragama Kristian. Secara amnya, saya termasuk ke dalam golongan Kelas Tengah yang membesar di kawasan bandar. Setelah tamatnya pelajaran saya, saya telah membuat keputusan untuk menjadi seorang pendidik di sebuah kawasan luar bandar di Negri Sembilan. Saya mengajar Bahasa Inggeris kepada budak yang serba kekurangan dari segi kewangan, perhatian dan suasana pembelajaran yang kondusif.

Lapan puluh peratus daripada pelajar saya terdiri daripada pelajar yang berlainan kaum daripada saya — Melayu, India, Iban, Bidayuh dan lain-lain. Disebabkan saya tidak fasih bertutur dalam Bahasa Cina, saya lebih senang bergaul dengan budak Melayu, India, Iban dan Bidayuh berbanding dengan budak kaum sendiri. Namun, semuanya sama di mata saya.

Sebagai pendidik, saya tidak pernah terfikir memberi layanan yang berbeza mengikut kaum budak-budak yang saya ajar. Malah, saya menganggap mereka seperti adik-beradik saya sendiri. Perbezaan antara kami hanyalah satu: peluang dalam hidup. Saya memandang berat tanggungjawab saya sebagai pendidik anak bangsa negara dalam 2 tahun perkhidmatan saya ini.

Pernah saya menitis air mata memikirkan masa depan anak murid Melayu saya yang membesar di kawasan perkampungan. Pernah saya berasa marah memikirkan ketidakadilan keadaan budak-budak kampung ini yang sukar bertanding dengan budak bandar yang kaya-raya dan berpeluang banyak. Pernah saya memeluk anak lelaki Melayu dan India, yang memanggil saya “Sir” setiap hari di sekolah. Pernah kami duduk di dalam kelas yang tiada kuasa elektrik (“blackout”), mengejar ilmu pengetahuan bersama-sama dalam keadaan berpeluhan.

Azmin Ali dijangka bawa 11 MP PKR keluar pakatan


Sebagai guru Cina, saya tidak pernah memandang rendah budaya dan adat resam pelajar-pelajar saya, malah, saya sentiasa terpegun dengan kelembutan budaya kaum Melayu serta ketabahan kaum India. Kepelbagaian budaya kita tidak menjadi masalah; yang menjadi masalah ialah pihak-pihak yang selalu mengapi-apikan isu perkauman. Merekalah yang mengancam perpaduan negara kita.

Apa lagi yang Cina mau?

“Cina” ini mahukan demokrasi yang benar, bukan “kestabilan” yang palsu dan dangkal. “Cina” ini mahukan demokrasi yang matang, bukan negara yang dipimpin oleh orang yang bertopengkan keamanan, tetapi selalu memihak kepada golongan yang radikal dan rasis. “Cina” ini mahukan sebuah Malaysia yang berbangsa satu. sumber SINI

Di bawah ini disiarkan satu lagi tulisan seorang rakyat Malaysia berketurunan Cina


Tan Soo Kang : Saudara saudara senegara ku, terutamanya penyokong BN. Ketika debate antara LGE dan CSL, CSL memijak hudud habis habisan, katanya kalau hudud ada negara mundur, hudud itu kejam, hudud itu tidak sesuai. LGE cuma balas, “Hudud itu adalah hal orang Islam, kita tidak ada hak nak membantah dan kacau isu agama orang. Orang Islam tak pernah kacau pun agama Cina, siapa kami untuk membantah hal Islam.”

Ketika LGE menolong anak perempuan Melayu, dia ditahan ISA. Di manakah orang UMNO ketika itu. Kawan kawan, kita ini cuma beza pendapat politik. Tak payah nak guna ayat ayat kesat. Saya ini bukan Islam, tapi kalau betul nak laksanakan hudud, saya tidak ada problem langsung kerana cuma yg bersalah perlu takut pada undang undang. Saya percaya undang undang berasaskan agama adalah lebih baik daripada undang undang yang dicipta manusia.

Kalau itu pun saya salah, panggilah saya Cina Babi sejuta kali. Kalau saya sayang TGNA kerana beliau pemimpin yg cemerlang, panggilah saya Cina Babi sejuta kali, kalau saya ini sokong perpaduan kaum dan keharmonian kaum itu salah, panggilah saya Cina Babi sejuta kali. Kalau la parti yg kau sokong itu, yg panggil Cina pendatang, yg cakap kalau nampak india dengan ular bunuh india dulu itu parti yg cemerlang, selamat maju jaya.

Kalau parti yang kau sokong itu dah ada bukti merata rata mereka menipu dan rasuah berbillion itu parti cemerlang, selamat maju jaya. Kalau parti yang kau sokong itu, apabila hukum agama sendiri diejek dan mereka diam sahaja kerana takut hilang kuasa dan wang itu cemerlang, selamat maju jaya. Cina sekarang bukan anti islam atau anti melayu. Kami mau negara maju dan harmoni untuk semua kaum. Kalau tak percaya tak apa. Itu hak anda. Apa apa pun saya harap yang walaupun falsafah dan fahaman politik itu berbeza, sayang la perpaduan dan keharmonian kita sekarang. Apa yang dapat kalau melayu benci cina, cina benci melayu. - Sumber SINI


adios

No comments:

Post a Comment