Thursday, May 23, 2013

Pegawai kanan Tabung Haji dicekup khalwat

tangkap gambar tengah basah
GEORGETOWN - Naluri seorang suami terhadap perlakuan sumbang isterinya berjaya dihidu lalu memberi maklumat sehingga berjaya ditangkap ketika bersama rakan sekerja di sebuah bilik penginapan.

Menurut sumber, wanita itu dicekup ketika sedang berdua-duaan dengan pegawai kanan Tabung Haji Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji, Bayan Baru, malam Isnin lalu.

Wanita itu ditahan bersama pasangannya selepas suaminya membuat laporan kepada pegawai penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) setelah mengesyaki ada sesuatu yang berlaku apabila mendapati isterinya tidak muncul ketika datang menjemput pulang.

Difahamkan, selepas menerima laporan, sepasukan pegawai penguatkuasa JHEAIPP membuat pemeriksaan di lokasi dilaporkan dan mendapati seorang lelaki dan seorang wanita berada dalam sebuah bilik.

Kedua-duanya didapati tiada hubungan mahram serta gagal mengemukakan dokumen pernikahan kemudian dibawa ke pejabat JHEAIPP untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 27 (a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Seksyen Negeri Pulau Pinang 1996.- sinar

adios

No comments:

Post a Comment