Tuesday, May 28, 2013

Najib tak layak melaksanakan fungsi jawatan Perdana Menteri - Mat Zain

kredit gambar - Chandra
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak menjalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan kerana beliau gagal mematuhi sepenuhnya Perkara 43(6) Perlembagaan sejak 3 April 2009 lagi.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa, sumpah jawatan, sumpah setia serta juga sumpah simpan rahsia, yang dilafazkan oleh Najib di hadapan YDP Agong Ke-13, bukan sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Keenam Perlembagaan.

“Dalam Perkara 43(6), sebelum sesaorang Menteri menjalankan fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang Di-Pertuan Agong sumpah jawatan dan sumpah setia dan juga sumpah simpan rahsia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam.

“Oleh kerana Datuk Seri Najib gagal mematuhi Perkara 43(6) Perlembagaan sepenuhnya, maka beliau tidak layak untuk melaksanakan fungsi jawatan sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan semenjak 3.4.2009,” katanya dalam surat kepada Perdana Menteri hari ini.

Salinannya turut dihantar kepada .Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Aziz Yusof; .Peguam Cara Negara dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Mat Zain, berikutan itu kerajaan Persekutuan yang dibentuk hasil daripada pemilihan yang tidak sah itu, adalah tidak legitimate.

Oleh demikian, keputusan pemilihan bagi kesemua 222 kerusi Parlimen Malaysia adalah terbatal dan terpaksa diadakan semula, katanya.

Bagaimanapun, pemilihan semula ini tidak melibatkan Dewan Undangan Negeri, kerana pembubaran DUN adalah di atas nasihat Menteri Besar/Ketua Menteri berkenaan, setelah diperkenankan/diluluskan oleh Ketua Negeri-Ketua Negeri masing-masing.

Mat Zain berkata, sepatutnya kekalutan ini telah diperbetulkan oleh Peguam Negara pada 3.April 2009 itu lagi.

Katanya, mengikut Perkara 145(2) Perlembagaan,adalah menjadi tanggung jawab Peguam Negara, untuk menasihati YDP Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri dalam perkara berkaitan undang-undang.

Peguam Negara gagal

Ternyata Peguam Negara, tambahnya bukan sahaja gagal menyempurnakan kewajibannya seperti yang diwajibkan oleh Perlembagaan, malah beliau telah menyorokkan perkara ketidakpatuhan peruntukan Perlembagaan oleh Perdana Menteri daripada pengetahuan rakyat.

“Sepertimana berlaku di-Amerika pada 20 Januari 2009,, Presiden Barrack Obama telah “misplaced” satu patah perkataan sahaja, ketika mengangkat sumpah jawatan Presiden Amerika buat kali pertama.

“Namun Obama telah dinasihatkan untuk mengangkat sumpah sekali lagi pada keesokkan harinya ,sebelum memulakan tugas rasmi beliau di Rumah Putih.

“Malahan gambar bukti upacara mengangkat sumpah kali kedua ini juga, ditunjukkan kepada rakyat Amerika dan dunia, bagi mengelakkan kesahihan perlantikan beliau dipertikaikan di kemudian hari,” katanya..

Bgaimanapun, berbeza dengan sikap Peguam Negara kita yang sanggup membiarkan Najib dan Kabinet beliau untuk mentadbir negara dengan kesahihan tindak tanduk mereka sejak 3 April 2009 boleh dicabar di mahkamah.

Mat Zain juga mengulangi bahawa pembubaran Parlimen oleh Najib juga tidak sah kerana beliau dipercayai tidak menyembah maklum kepada Baginda, bahawa beliau telah gagal untuk mengangkat sumpah jawatan dan taat setia dan sumpah simpan rahsia seperti yang ternyata dalam Jadual Keenam Perlembagaan,semasa mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia Keenam, di hadapan YDP Agong Ke-13 pada 3 April 2009.

“Sekiranya Datuk Seri Najib telah menyembah maklum perkara sebenar, nescaya YDP Agong Ke-14 tidak akan memperkenankan pembubaran Parlimen pada hari berkenaan.

“Sebaliknya, Baginda dipercayai akan menitahkan supaya Datuk Seri Najib membiarkan Parlimen Ke-12 itu, terbubar dengan sendirinya pada 28.April .2013,” tambahnya lagi.

Menurut Mat Zain lagi, selain daripada Najib tidak layak untuk menasihati YDP Agong untuk memperkenankan pembubaran Parlimen itu, beliau dipercayai telah memperolehi perkenan Baginda, menerusi perdayaan dan representasi salah.

Akibatnya, pembubaran Parlimen menjadi tidak sah, apabila pembubaran Parlimen adalah tidak sah, maka pilihan raya yang diadakan bagi semua 222 kerusi Parlimen pada 5 Mei lalu sia-sia dan semua keputusannya adalah tidak sah untuk digunapakai dalam membentuk kerajaan Persekutuan, kata Mat Zain. -Malaysiakini

adios

No comments:

Post a Comment