Wednesday, May 1, 2013

Markas BN dibakar di Penang

sumber gambar dan berita SINI


BN terus bergelora....

Blogger Kelab Greenboc melaporkan bahawa penyokong BN yang tidak berpuas hati membakar markas mereka sendiri apabila rasa tertipu dengan upah pasang bendera dan poster sepanjang kempen PRU13 di Penang.

Penipuan upah pasang poster dan bendera telah lama dilakukan oleh ketua cawangan di seluruh negara. Semasa zaman persekolahan gua di era 80an. Gua menerima upah RM50 untuk satu malam di Ampang Jaya ketika MB Ahmad Razali.

Kini sudah 30 tahun berlalu, pelbagai nilai upah pasang bendera untuk BN dilaporkan, ada yang RM20, RM30 dan RM50 untuk satu malam. Upah ini berbeza mengikut ketua cawangan masing-masing.

Paling teruk ialah di sebuah kampung di Shah Alam apabila anak muda diberitakan hanya dibayar RM3 satu malam oleh ketua cawangan pada PRU12 sehingga anak-anak muda memboikot kerja poster dan bendera. Akhirnya orang-orang tua dan AJK sendiri terpaksa melakukannya.

BN pusat sepatutnya mengisytihar kadar upah pasang bendera dan poster untuk seluruh negara agar petugas tidak teraniaya oleh ketua cawangan atau manusia berkaitan yang memegang duit peruntukan BN pusat..

Banyak dijimat maka banyak dia balon.... wakaka

adios

No comments:

Post a Comment