Friday, May 24, 2013

mahkamah tolak permohonan polis reman tian chua, tamrin dan haris

Permohonan yang dikemukan oleh pihak polis untuk menahan reman Tian Chua, bersama dengan Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar ditolak oleh majistret hari ini.

Ia didedahkan oleh peguam Ashok Kandiah, yang menyatakan ketiga-tiga mereka dalam proses untuk dibebaskan seperti laporan Malaysiakini.

Majistret Norashikin Sahat mendapati polis tidak menyatakan individu khusus yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam ceramah berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata majistret juga menolak usul penahanan reman ke atas ketiga-tiga mereka selepas mendapati tiada sebarang siasatan dijalankan dalam tempoh 24 jam ke atas Tian Chua, Tamrin dan Haris berhubung ceramah berbentuk hasutan.

Mereka ditahan di balai polis jinjang sejak semalam dan ditahan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 kerana menyertai forum pasca pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 13 Mei.
Pihak polis perlu membuat permohonan baru untuk menahan mereka. - ekeleh



adios

No comments:

Post a Comment