Sunday, May 19, 2013

Ini kata ayah Adam Adli yang ditahan polis

Pelajar berani Adam Adli hari ini ditahan polis di bawah seksyen 124 Akta Hasutan. Adam Adli ditahan di Bangsar Utama dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Adam Adli ditahan, namun begitu doa dan kata-kata ayahnya boleh menjadi peransang untuk Adam Adli menjadi lebih tabah. Kata-kata semangat dari seorang ayah yang dipetik dari FB Halim Hamid.

as’salam ..!…!..
Terima kasih semua, ruang untuk ayah balas komen2, kata semangat dan ucap selamat dari kalian tak semua dapat ayah balas .. ruang terhad ..
Doakan Adam Adli makin kuat dan tabah atas ujian ini ..
Doakan juga Rakan-Rakan Seperjuangan Beliau yang sedang dihadapan Balai Polis Jinjang sekarang ini tabah dan kuat .. Mereka sedang minta Adam dibebaskan ..
saat ini ayah masih belum kebah dari demam sejak dua hari lalu .. tapi dgn doa kalian buat ayah & Mama tambah kuat dan bersemangat ..
Insaallah .. jika ada sisa kekuatan dan izin Yang Maha Kuasa, esuk jumpa ayah di KL .. ayah sedang usaha kesana … wallahhualam ..!…!.. HarakahDaily

Sebelum itu Encik Halim hamid menyampaikan kata-kata semangat kepada anaknya....


Perjuangan Adam Adli memdapat sokongan penuh ayah dan keluarganya.



adios

2 comments:

  1. wahai ayah kpd Adli..saya sekeluarga dr rakyat marhaen juga mendoakan `pejuang muda` kami ini akan diberikan kekuatan dan kesihatan utk meneruskan sehingga penzalim akan ditumbangkan juga nanti.. inilah perjalanan yg pernah DSAI melaluinya wpun penuh dgn duri dan kesukaran. Kita yakin sesiapa yg bangun utk tegakkan kebaikan..balasan sebaik2nya dr Allah SWT termasuk ayahemaknya juga.

    ReplyDelete
  2. Percayalah. Ciri2 pemimpin yang tulin ialah berani menghadapi ujian dan cabaran; berani mangambil risiko dan sentiasa istiqomah dalam perjuangan.Mereka inilah yang akan mewarnai kehidupan masyarakat akhirnya. Syabas, Adam. Jangan gentar. Masyarakat mendoakan kesejahteraan anda dan sedang memerhati.Anda tidak berseorangan!

    ReplyDelete