Monday, May 20, 2013

Info terkini Adam Adli 20.5.2013


Salam Pejuangan dari Adam Adli ... beliau sihat dan masih kelihatan ceria walau ditetapkan reman Lima (5) hari dibawah Kanun Keseksaan 124B & Akta Asutan 4(1)(b).

hanya ayah dan ditemani 3 peguam dapat berbual dgn Adam, selepas ketetapan tahanan reman diputuskan .. kami sempat berbual selama 15 minit.

Pesan beliau semasa dalam pelukan ayah tadi ... "ayah kirim salam pada rakan2 abg kat luar, bagi tahu pada rakan2 semua, Perjuangan perlu diteruskan, ini baru Satu Permulaan .. This Is Only The Beginnig" .... dan katanya lagi ... "ayah, Mama dan adik jangan risau, abg OK "

Ayah bangga dengan keberanian kamu Sayang .. Tahniah Anakku .. ALLAH sentiasa bersama mu ..

walaupun masing2 agak sebak dihujung pertemuan .. tapi kami masih sempat bergurau .. dan Adam tersenyum bila ayah tunjuk gelang besi berantai yg panjang sebebat dikedua tangannya ... "tak berat ke ?" usik ayah .... "boleh tahan" jawabnya ..

Tunggu catitan lanjut pengalaman ayah .. ayah perlu rehat .. demam masih bersisa

Dan tunggu juga catatan adam sendiri bila dia keluar dan mampu kembali menulis ..

*Bergema diluar Lokap Pusat Jinjang " STUDEN POWER " sebanyak 3 kali ...

TAKBIR ..... sumber - FB

adios

No comments:

Post a Comment