Wednesday, May 29, 2013

Hishamuddin Rais serah diri

Empat pemimpin NGO dan parti pembangkang yang ditahan mengikut Akta Hasutan dalam operasi pada malam tadi hari ini didakwa mengikut akta tersebut.

Keempat-empat individu tersebut adalah aktivis siswa Safwan Anang, pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim, aktivis PAS Tamrin Ghafar dan naib presiden PKR Tian Chua.

Kesemuanya mengaku tidak bersalah apabila pendakwaan dijalankan ke atas mereka mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan.

Mahkamah membenarkan keempat-empat individu tersebut diikat jamin RM5,000 setiap seorang, namun Safwan enggan diikat jamin.

Seorang lagi aktivis, Hishamuddin Rais yang dikehendaki polis atas dakwaan kesalahan sama, turut menyerah diri di hadapan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.- MK



video - Saksikan dan nilai sendiri penyokong Jahor Darul Takzim idi stadium Darul Makmur


adios

No comments:

Post a Comment