Friday, May 31, 2013

Hannah Yeoh cipta sejarah Speaker Dewan wanita pertama di Malaysia

SHAH ALAM 30 Mei: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh menyifatkan perlantikan beliau sebagai Speaker bagi Dewan Undangan Negeri Selangor penggal ini sebagai satu lagi kejayaan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, sejarah itu tercipta ekoran beliau merupakan wanita pertama dalam sejarah perundangan Malaysia dilantik sebagai speaker DUN.“Pakatan sekali lagi mencipta sejarah dengan mencalonkan Speaker wanita yang pertama dalam badan perundangan di Malaysia,” katanya yang terharu dengan perlantikan tersebut.

Katanya, beliau turut berbangga kerana Pakatan Rakyat di Selangor berjaya mengangkat darjat wanita dalam perkhidmatan awam.“Pakatan telah membuktikan komitmen mereka dalam memperjuangkan hak kesaksamaan malah dijelaskan lagi dengan pemilihan empat Exco wanita dalam pentadbiran Selangor,” jelasnya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu beliau juga merakamkan penghargaan kepada pimpinan Pakatan yang meletak kepercayaan kepada pemimpin muda seperti beliau dan Timbalannya, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Dengan memilih pemimpin muda seperti saya dan Nik yang usia kurang 35 tahun, Pakatan menunjukkan keyakinan mereka kepada anak muda untuk terus membangunkan sistem demokrasi di Malaysia,” katanya. ~keadilandaily


adios

No comments:

Post a Comment