Monday, May 20, 2013

DAP Selangor pertikai senarai Exco Khalid Ibrahim

PETALING JAYA, 19 Mei — DAP Selangor mempersoalkan senarai Exco kerajaan negeri yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam, seminggu selepas pergolakkan dalam PKR mengenai jawatan tertinggi negeri selesai.

Timbalan pengerusi DAP negeri Tony Pua mengatakan parti itu seharusnya mendapat empat kerusi Exco berbanding tiga yang diumumkan Khalid dan jawatan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Semalam kami dapati senarai nama yang lain” kata Pua kepada pemberita di Subang Jaya di sini hari ini.

“Kami mahu tahu mengapa... tiada masalah pada Khamis. Ia adalah mesyuarat sekejap setengah jam,” tambah beliau.

Pua mengatakan Khalid dan PR Selangor – yang diwakili oleh Teresa Kok dan Datuk Teng Chang Kim bersama-sama pemimpin PAS Khalid Samad dan Dr Rani Osman – telah bersetuju dalam mesyuarat Khamis lepas DAP akan mendapat empat tempat dalam Exco dan PAS mendapat tiga dan boleh memilih Speaker Selangor.

Khalid memberitahu pemberita malam tadi empat kerusi Exco akan diberikan kepada PAS sementara DAP dan PKR masing-masing mendapat tiga kerusi selain jawatan speaker diberikan kepada DAP.

Pua berkata mengetahui tahu tentang senarai exco tersebut selepas membaca komen di Twitter oleh Abdul Khalid malam tadi.

“Kami terkejut dengan Tan Sri,” kata MP Petaling Jaya Utara itu.
“Apa gunanya mesyuarat itu?” katanya.

Pua berkata Teng dan Kok telah cuba untuk menghubungi Khalid untuk mendapatkan penjelasan, tetapi tidak berhasil.

Semalam, Abdul Khalid dalam satu majlis kesyukuran di Pandamaran Jaya berkata ahli exco akan diumum dalam satu majlis angkat sumpah yang akan diadakan dua minggu lagi serta mendedahkan telah menyerahkan senarai nama kepada Sultan Selangor.

Khalid, yang ditanya berulang kali untuk mendedahkan senarai Exco yang dipilihnya, mengelak untuk menjawab sama ada timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali berada dalam senarai itu ataupun tidak.

Sebelum ini, Azmin difahamkan mengintai jawatan penting di negeri terkaya itu sehingga tercetus sedikit pertikaian dan drama dan berakhir selepas Abdul Khalid mengangkat sumpah Selasa lalu, lebih seminggu selepas selesai pilihan raya umum 5 Mei.

Khalid telah dilantik semula sebagai menteri besar Selangor untuk penggal kedua selepas Pakatan Rakyat (PR) memenangi majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya 2013 dengan meraih 44 kerusi 56 kerusi DUN.

PAS dan DAP memenangi 15 kerusi setiap satu, manakala PKR pula 14 kerusi. - TMI

adios

2 comments:

  1. YIP KUM FOOK”MCA GOMBAK” PENGHINAAN SAMI BUDDHA, SAYS DESA JAYA PEOPLE

    Kepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,

    Di sini saya ingin mengatakan bahawa BN kalah bukanlah koncern BN tak baik, khas nya MCA kerana kebanyakan Ahli MCA cabangan bawah, pemimpinnya sudah berjaya sombong dan tidak berkhimat dan ular, olih itu mengakibatkan ramai Malay, Cina dan India naik marah dan kalah PRU 13 teruk

    Contohnya, yang saya tahu Pengerusi MCA GOMBAK YIP KUM FOOK dan Pemuda MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, mereka ular sampai wang Tokong pun berani telang dan halau Sami Buddha keluar dari tokong, orang ramai benci MCA.

    Apabila mereka tolong Donald Lim Siang Chai di Selayang, orang ramai salah sangka Donald Lim sama satu kaki……

    Sekira MCA cuba ingin memulit nama baik dan sokongan olih orang ramai semula, pemimpin seperti ini patut di kikis dengan bersih dalam parti, Kalau tidak sampai bila pun susah memulit semangat

    Sekian, Terima kasih

    ReplyDelete
  2. DATUK YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) GUNA POLITIK DALAM BUDDHIS KUIL
    KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN
    Teras Buddha Dhamma tidak ditujukan kepada penciptaan institusi politik yang baru dan mewujudkan perkiraan politik. Pada asasnya, ia bertujuan untuk mendekati masalah-masalah masyarakat dengan memulihkan individu yang membentuk masyarakat tersebut dan dengan mencadangkan beberapa prinsip am yang melalui mana masyarakat boleh dipandu ke arah kemanusiaan yang lebih besar, baik kebajikan ahli-ahlinya, dan perkongsian sumber yang lebih saksama.
    Sebaliknya, mungkin Datuk Yip Kum Fook bapa punnya Buddha kerana dia boleh memainkan politik kotor di dalam Kuil Buddha (SANMAK SAMBODHI) di No: 19-21 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia. Jika Buddha hidup, Buddha akan menjerit kepada bapanya kerana pengetahuan yang sangat rendah ini. MENGAPA orang di bahawa Kuil Buddha adalah sangat bodoh untuk manusia yang digunakan oleh sesetengah pemimpin yang dipilih.
    Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa penganut agama Buddha tidak boleh atau tidak harus terlibat dalam proses politik, yang merupakan realiti sosial. Kehidupan anggota masyarakat yang dibentuk oleh undang-undang dan peraturan, pengaturan ekonomi yang dibenarkan di dalam sesebuah negara, pengaturan keinstitusian, yang dipengaruhi oleh perkiraan politik masyarakat itu. Namun begitu, jika seorang penganut Buddha ingin terlibat dalam politik, beliau (Datuk Yip Kum Fook, MCA Gombak) tidak harus menyalahgunakan agama untuk mendapatkan kuasa politik, tidak baik bagi orang-orang yang telah melepaskan kehidupan duniawi untuk memimpin tulen, kehidupan beragama terlibat secara aktif dalam politik.
    BUDDHIST MAHA VIHARA
    Brickfields, KL.

    ReplyDelete