Saturday, May 11, 2013

Dakwaan Azmin disangkal dengan bukti... pemilihan Khalid Ibrahim sah ikut prosedur


KUALA LUMPUR, 11 Mei — Majoriti ahli parlimen dan ketua cabang PKR di negeri Selangor mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar (MB), kata sumber, ketika bantahan oleh sekumpulan dalam parti yang diketuai timbalan presiden Azmin Ali.

The Malaysian Insider difahamkan sokongan tersebut dibuat dalam “pertemuan” tertutup yang diadakan di Empire Hotel, Subang Jaya pada hari Isnin lalu di mana ia dihadiri 14 ahli dewan undangan negeri, 16 ketua cabang dan beberapa Ahli Parlimen (MP), malah mereka yang hadir ini merasakan Abdul Khalid layak memimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor untuk penggal kedua.

“Mesyuarat itu sepatutnya dihadiri Azmin juga, tetapi beliau tidak hadir. Kebanyakan mereka yang hadir mahu TSKI sebagai MB,” kata sumber kepadaThe Malaysian Insider, merujuk kepada Abdul Khalid (gambar) dengan singkatan TSKI.

Beberapa pemimpin PKR, termasuk bekas Exco kerajaan negeri dan MP Bukit Lanjan Elizabeth Wong mengesahkan pertemuan di Empire Hotel pernah berlaku.

“Ya,” katanya melalui pesanan ringkas ketika ditanya sama ada mesyuarat itu termasuk perbincangan tentang jawatan seseorang MB.

Azmin mendakwa PKR semalam tidak menjalankan proses perundingan yang diperlukan dalam memilih calon untuk jawatan itu apabila surat yang kononnya menyokong Abdul Khalid untuk jawatan itu didakwa telah dihantar ke istana Selangor.

Beliau juga muncul untuk mempersoalkan kepimpinan Abdul Khalid pada sidang akhbar semalam dan mahu mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin utama PKR untuk menggesa satu keputusan secara rundingan di dalam memilih MB Selangor yang baru.

Ketua cabang Pelabuhan Klang PKR, Yeoh Boon Lye memberitahu The Malaysian Insider bahawa kebanyakan pemimpin Selangor merasakan Abdul Khalid faktor penyumbang kepada sokongan PR meningkat di negeri tersebut.
PR yang terdiri daripada PKR-DAP-PAS memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN), melebihi lapan kerusi daripada pilihan raya umum lepas. PKR, bagaimanapun, hanya menang 14 kerusi manakala DAP dan PAS masing-masing menang 15 kerusi.

Walaupun DAP dan PAS mendapat lebih kerusi, kedua-dua rakan komponennya tersebut menegaskan mereka mahu Abdul Khalid memimpin negeri untuk penggal kedua, satu langkah yang dilihat menunjukkan keyakinan terhadap kepimpinan beliau, pandangan tersebut juga dinyatakan oleh Yeoh.

“Kami mendapat kejayaan dari Tan Sri Khalid. Bagaimana kami mahu tukar (beliau) apabila beliau membawa kami kearah kemenangan? Kami menang kerana dia,” katanya.

Pertikaian jawatan MB menjadi perkara yang dibangkitkan selepas Azmin yang dikatakan juga bersaing untuk jawatan tersebut berkemungkinan akan meninggalkan PKR ekoran sokongan parti tersebut ke atas pentadbiran Abdul Khalid.

Namun, Azmin menolak spekulasi tersebut dalam satu sidang akhbar hari ini dimana beliau diapit oleh beberapa barisan parti di Selangor, ia juga petanda bantahan terhadap kemungkinan pelantikan semula Abdul Khalid sebagai ketua eksekutif negeri.

Walaupun ADUN Bukit Antarabangsa tersebut berulang-kali cuba mengelak apabila dihujani dengan soalan-soalan tentang pencalonan dirinya untuk mengisi jawatan tersebut, timbalan presiden PKR tersebut telah membuat beberapa sindiran sinis terhadap isu perlantikkan Abdul Khalid.

Beliau berulang-ulang sepanjang sidang akhbar itu berkata pentadbiran Abdul Khalid dipenuhi dengan aduan “pita merah” dan pada masa sama mendakwa kerajaan negeri tidak pernah responsif kepada isu-isu yang dihadapi oleh pengundi.

“Dalam jangka kedua, mesti ada reformasi pentadbiran (Selangor). Kami mempunyai simpanan sebanyak RM2.6 bilion tetapi ini bermakna apa-apa jika tiada manfaat yang dirasai oleh rakyat.

“Rakyat mahu sebuah kerajaan yang responsif... terdapat aduan sampah tidak diambil, masalah pembentungan, jalan tidak dibaiki,” katanya, sambil menambah bahawa aduan telah dibawa ke kepimpinan pusat PKR beberapa kali sebelum ini.

Azmin menafikan kritikan tersebut adalah berkaitan dengan isu pertikaian jawatan MB dan bantahan tersebut dibuat oleh pengundi Selangor dan ADUN di negeri tersebut. - kedahkini


Akhbar Taiwan gambarkan Najib seperti ahli silap mata



adios


No comments:

Post a Comment