Monday, May 13, 2013

CNN pula lapor tentang pilihanraya Malaysia.... aduh!!!!

Skandal Pilihan raya di Malaysia sudah terkenal di Media-media Antarabangsa TVBS Taiwan, Hong Kong Phoenix satelit televisyen, China CCTV, NHK Jepun, Amerika Syarikat CNN, British BBC, News Asia dan banyak lagi.

Dunia luar sudah mengesyaki terdapat sesuatu yang tidak kena dengan sistem pilihanraya Malaysia. Segala keraguan rakyat Malaysia turut dikongsi oleh media-media antarabangsa.

CNN dalam laporannya menyatakan kemenangan Pakatan Rakyat telah ‘dicuri’ berikutan banyak penyelewengan dan salah laku oleh pengendali pilihan raya Malaysia, iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Pembangkang Malaysia menolak keputusan pilihan raya. Pembangkang Malaysia menyatakan SPR dicemari campur tangan kerajaan.

“Bukan sahaja Anwar Ibrahim menyatakan ada berlaku penyelewengan pilihan raya, malah NGO Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) menjangkakan penipuan beberapa hari sebelum pilihan raya berlangsung.

“Ia (pilihan raya) takkan dijalankan secara adil,” lapor koresponden CNN yang berpangkalan di Singapura, Liz Neisloss.
 Saksikan apa kata CNN


adios

No comments:

Post a Comment