Sunday, May 19, 2013

Boikot barangan cina kerja bodoh dan tak akan berhasil

Gesaan blogger pro-Umno dan beberapa kumpulan Islam untuk memboikot perniagaan Cina adalah bersifat perkauman dan tidak akan berjaya.

Segala keperluana harian pengguna di Malaysia dikeluarkan atau diurusniaga oleh peniaga keturunan cina. Sayur dari Cameron Hinghland, dan ikan di seluruh pantai Barat Semenanjung malaysia dimonopili kaum cina.

Beras memang dimonopoli bumiputera tetapi berapa banyak kedai milik orang melayu? Pasar mini 99.88,econsafe dan sebagainya adalah milik kaum cina. Dan barangan mereka jauh lebih murah daripada pasaraya besar seperti Giant dan Tesco. Siapa yang bangang hendak memboikot barangan mereka? Tambahan pula dengan perlaksanaan GST kelak. Setiap sen diambil kira....

Peralatan elektronok untuk keperluan rumah, komunikasi dan gajet adalah dimonopoli sepenuhnya oleh kaum cina. Baik barangan berjenama atau barangan Made In China, segalanya dimonopoli mereka.

Oleh kerana mereka berketurunan cina , mereka lebih mudah bekerjasama dengan syarikat pembekal atau pengeluar barangan di China. Menjadikan mereka peniaga barangan China yang unggul. Memang wujud bumiputera yang cuba menyaingi mereka dengan menjual produk China namun jumlahnya adalah terlalu kecil.


Malah apabila Tahun Baru China, orang ramai mengeluh kerana keputusan bekalan keperluan harian. Walaupun biasanya peniaga keturunan cina hanya akan bercuti selama dua hingga tiga hari. Tatkala itu semua peniaga Melayu yang medapat bekalan dari sumber bukan cina akan membalon harga jualan ke tahap maksima yang dirasakan sesuai. Belilah ikan kembong berusia seminggu dengan harga RM 13-15 sekilo...  ikan keli akan naik sehingga RM 7-8 sekilo walau harga pada hari-hari biasa cuma RM3.50- 4.00 sahaja..

Boikot... wakaka.. boikot la.

Apa nasib mamat kilang yang bekerja dengan basic gaji RM 700-900. Elaun kehadiran RM100, Elaun shift RM150 dan wang kerja lebih masa (jika ada). Jangan terperanjat jika mendapat tahu kilang-kilang di Malaysia tidak mematuhi gaji minima yang ditetapkan kerajaan persekutuan.

Lihat sahaja di iklan-iklan pekerjaan di suratkhabar. Anda akan dapati mereka masih banyak syarikat menawarkan gaji minima yang lebih rendah daripada RM900 tidak termasuk elaun.

Syarikat pengawal keselamatan masih tidak melaksanakan gaji minima RM1000 kepada pekerja mereka... Tak percaya ? berkenalanlah dengan pengawal keselamatan, ambil tahu sedikit sebanyak tentang penderitaan mereka di negara sendiri. Apa tindakan kerajaan? wakaka ... tengok saja la nampaknya. 

Bagaimana mereka nak boikot barangan cina?

adios


2 comments:

  1. Yes. Betul tu bro. Gaji minima yg dijanjikan sejak awal januari 2013 masih belum dilaksanakan sepenuhnya. Kesian kat pak guard menanti buah yg tak gugur2...Bangla nation yg keje kat petrol pam pun dah terima gaji minima. Mmg betul rakyat didahulukan..Thuuuiii!!

    ReplyDelete
  2. nak kata ikut perkembangan tak juga korang ni, bodo bangang....mmg minimum wages start 1 January 2013 RM900 tapi some company aka Chinese company mintak extend bcoz of high expenses and need time to implement...so gov approvedla until hujung tahun ni untuk company while untuk hotel 1st October 2013 must implement klu tak, kena denda la company ni RM10k per head...lain kali pi tanya MOHR klu tak tau pasal minimum wages ni, berlagak sombong macai PR....puii

    ReplyDelete