Thursday, May 2, 2013

Bapa Saiful keluar PKR dan dakwa kes liwat ke atas anaknya benar... wakaka

Bapa Saiful u-turn lagi. Umum keluar PKR dakwa anaknya benar-benar diliwat. Itulah bapa Saiful yang pernah gua curigai semasa pengakuannya kepada media tempoh hari.

Markas BN dibakar di Penang



Berikut adalah siaran semua kecurigaan gua terhadap bapa Saiful tempoh hari

Pengakuan Bapa Saiful tak untungkan PR/DSAI dan wajar dicurigai


Pengakuan bapa Si saiful yang didedah Keadilan Daily hari ini bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan oleh penyokong PR terutama penyokong Anwar Ibrahim. Apa pentingnya pengakuan tersebut kepada DSAI dan Pakatan Rakyat? Tidak ada kepentingan langsung. Kes telah selesai dan mahkamah telah memutuskan bahawa DSAI tidak bersalah.

Jadi apa perlunya pengakuan bapa Saiful itu? Mengapa tiba-tiba sahaja dia tergerak hati berbuat demikian?

Jika kita cuba kaitkan dengan keadaan semasa dalam negara, pengakuan ini adalah satu berita yang diharap pihak tertentu untuk mengalih perhatian masyarakat daripada kes besar yang tak tentu hujung pangkal di Lahad Datu. Dakwaan penglibatan ahli dan pemimpin umno dalam kes pencerobohan Lahad Datu yang belum selesai itu sebenarnya memberi impak besar kepada parti pemerintah.

Perbuatan mereka mengaitkan Anwar Ibrahim sebagai dalang pencerobohan Lahad Datu dibalas para blogger pro PR dengan mendedahkan laporan akhbar online Filipina yang mendakwa Najib adalah individu yang menjanjikan tanah kepada penceroboh.

Selepas itu satu demi satu pendedahan dibuat blogger pro PR bikin mereka lunyai..

Gambar-gambar pemimpin UMNO dengan keluarga Kiram juga membawa kepada persepsi bahawa mereka rapat dengan keluarga tersebut.

Berita bahawa pemimpin UMNO pernah menjadi penasihat kepada Sultan Sulu turut didedah para blogger. Entah mana sumber mereka ini,,, Wallahu A'lam. Namun berita itu diperakui oleh yang empunya diri iaitu pemimpin UMNO. Lokman Adam bukan ahli biasa tetapi seorang pemimpin yang disegani dalam UMNO.

Pendedahan tentang kewujudan persatuan anak Sulu yang terdapat di Sabah yang dianggotai oleh 800 ribu ahli memeningkan kepala UMNO. Kewujudan 80ribu anak Sulu di Sabah adalah bepunca daripada projek IC yang masih dalam siasatan RCI yang mana maklumat awal yang diperolehi menunjukkan pemimpin UMNO pada masa itu Mahathir terlibat secara serius. Dakwaan itu diakui sendiri oleh pemimpin UMNO terbabit.

Dalam siasatan RCI, didapati komander-komander tentera MNLF turut mendapat kerakyatan Malaysia dan menetap di Sabah. Lihatlah betapa besar dosa UMNO kepada rakyat Malaysia dalam isu IC segera ini....

Penangkapan Mat bom yang diberitakan oleh Harian Metro hari ini menambah luka UMNO. Malu tak terkira kerana menurut laporan Sabahkini, Mat Bom atau nama sebenarnya Ahmad Malandi adalah ketua UMNO Cawangan Sungai Nyamuk namun tidak dapat disahkan kebenarannya.

Banyak pemimpin UMNO terpalit dalam isu Lahad Datu kali ini. Keahlian Kiram sebagai ahli UMNO juga didedah para blogger yang mana tidak dinafikan oleh UMNO membawa seribu tanggapan negatif kepada UMNO.

Senang cerita Isu Lahad Datu banyak membogelkan UMNO dari segenap sudut.

Isu Lahad Datu berjaya mengalih perhatian daripada kenyataan BALA. Kenyataan media BALA tidak dipedulikan rakyat Malaysia kerana masing-masing memberi fokus kepada Lahad Datu. Lahad Datu membabitkan maruah dan keselamatan negara, maka sewajarnya mendapat perhatian setiap lapisan rakyat Malaysia.

Lihat game mereka...
dari blog manjung mari
Cuba fikir perlukah semua itu dilakukan oleh orang-orang PKR ketika kita berada di ambang kejayaan? Kes liwat sudah selesai, untuk apa lagi publisiti seperti ini?

Oleh yang demikian, gua dengan ini mengajak rakan-rakan blogger pro PR untuk terus highlightkan Isu Lahad Datu. Dedahkan siapa sebenarnya tentera Kiram itu. Isu Si Saiful dan bapanya biarlah blogger UMNO yang berkarya. Jangan layan mereka. Apa yang boleh didedahkan tentang Lahad Datu, sila dedahkan-GeloraHatiMuda.

Alang-alang dah bogelkan mereka, biar kurap mereka pun dinampakkan.
wakaka

No comments:

Post a Comment