Monday, May 27, 2013

Azmin Ali mengaku bersalah

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akhirnya mengakui kesilapan isu kelewatan pembahagian kerusi dan penentuan calon sehingga menyebabkan ia bertindih dengan calon-calon daripada parti sekutunya, PAS.

"Saya ambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap isu kelewatan pembahagian kerusi yang telah berlaku," katanya.

"Dalam proses agihan kerusi semasa PRU 13 lalu, saya merupakan pimpinan yang terlibat, dan saya menyatakan bahawa saya faham perasaan setiap anggota cabang atau pimpinan parti yang tak terpilih, akibat pembahagian tak dapat disempurnakan lebih awal," jelas beliau.

Isu kelewatan tersebut dikatakan tindakan Ahli Parlimen Bukit Antarabangsa itu beserta Naib Presidennya, R. Sivarasa cuba 'menghantar' calon luar untuk bertanding di beberapa kerusi, selain mengubah senarai nama calon pilihan cabang masing-masing sehingga menimbulkan kemarahan ahli di peringkat akar umbi.

Berucap dalam sesi pergulungan bahas Kongres Nasional Keadilan ke-9 di Dewan Sivik MBPJ, Azmin juga menegaskan proses rundingan Pakatan Rakyat terutamanya dalam menentukan senarai calon di kerusi yang ditandingi perlu diteruskan agar permuafakatan dapat dicapai.

"Dengan adanya proses permuafakatan yang perlu dijalankan, kita boleh runding dan bincang sebelum sebarang keputusan dibuat."

"Saya berharap perkara ini diteruskan sebab parti tidak boleh mengkhianati amanah rakyat," jelas Azmin.

Menurut Azmin lagi, beliau mengakui silap dalam meletakkan calon PKR di Kota Damansara selain membiarkan calon PSM bertanding di kerusi Semenyih.

"PKR, kita ada 16 kerusi di Selangor. Berkenaan kerusi di Kota Damansara dan Semenyih, PKR kita tak kalah kepada BN, tetapi kita kalah sesama parti (PR)."

adios

No comments:

Post a Comment