Wednesday, May 1, 2013

Anggota tentera tunjukkan Nurul Izzah cara hilangkan dakwat kekal

Seorang anggota tentera menunjukkan cara menanggalkan dakwat kekal kepada YB Nurul Izzah Anwar. Nurul Izzah menghilangkan dakwat kekal itu sambil gambarnya dirakam oleh beberapa jurugambar sebagai bukti.

Selepas dicuci dakwat tersebur hilang daripada jari anggota tersebut. Ini membuktikan bahawa dakwat yang didakwa SPR sebagai kekal sebenarnya tidak kekal. Anggota tentera dan polis boleh mengundi sekali lagi jika mereka tersenarai sebagai pengundi awam pula.

Anggota tentera menunjukkan kepada Nurul Izzah Anwar, bagaimana cara untuk hilangkan dakwat kekal !!!
Kredit gambar - Yaz Zy






Sementara itu roketkini melaporkan seperti berikut;

KLUANG: Ekoran dakwat 'kekal' Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja, seorang isteri tentera membuat laporan polis hari ini.

Seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi awal pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.


(Isteri anggota tentera menunjukkan dakwat pada jarinya yang telah hilang kepada calon DAP Kluang)

“Saya terkejut kerana saya ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pengerusi SPR berkata bahawa dakwat itu boleh kekal selama lima hari. Saya terus menelefon bapa saya untuk memberitahu hal ini,” katanya kepada Roketkini.com, sambil menambah bahawa suaminya berada di luar kawasan kerana menyertai operasi.

Beliau yang enggan namanya disiarkan telah dinasihatkan oleh bapanya untuk membuat laporan polis tentang perkara itu di sini petang tadi.

Surirumah yang berusia 25 tahun dan mempunyai dua anak itu turut memaklumkan perkara tersebut kepada calon PAS bagi DUN Mahkota, Khairul Faizi dan calon DAP bagi Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang berlakunya manipulasi kerana saya dimaklumkan bahawa dakwat ini tidak boleh hilang (warna) selama lima hari sepertimana yang dikatakan oleh pihak SPR,” tambah beliau.


Amoi dakwa ponggong diraba penyokong BN di majlis Najib



adios

No comments:

Post a Comment