Thursday, May 23, 2013

Tian Chua.Chegu Bard,Tamrin Ghafar dan Harris Ibrahim pula ditahan di Jinjang


Polis hari ini menahan MP Batu Tian Chua dan juga seorang akvtivis Haris M Ibrahim dalam dua operasi berasingan, dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

Tian Chua dalam tulisannya di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.

"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.
Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.

Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

Haris pagi ini muncul di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari ini.

Beliau juga turut berucap dalam forum mengenai dakwaan penipuan pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu.

Pendakwaan ke atas Adam Adli hari ini adalah berdasarkan ucapan siswa berkenaan dalam forum sama.

Jurucakap bagi sekumpulan 50 NGO yang menganjurkan perhimpunan di Petaling Jaya pada Sabtu ini, Badrul Hisham Shaharin telahpun menafikan bahawa ia bertujuan untuk menumbangkan kerajaan seperti 'Arab Spring' seperti yang didakwa pihak berkuasa.

Sebaliknya, perhimpuan berkenaan adalah Festival Rakyat untuk mengembalikan hak demokrasi kepada rakyat, katanya.

Bukti dan saksi mengenai dakwaan penipuan pilihan raya dijangka akan ditampilkan ladam perhimpunan berkenaan di padang berhampiran Amcorp Mall.

Antara yang dijangka mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut adalah NGO Suaram, Solidariti Anak Muda Malaysia, Asalkan Bukan Umno, Tindak Malaysia, Parti Sosialis Malaysia dan Parti Rakyat Malaysia.

Kes Sosilawati - Empat dihukum gantung sampai mati


adios

No comments:

Post a Comment