Wednesday, May 15, 2013

Ada kaum nak jajah Malaysia - Harussani.. wakaka

kredit foto - Henry Matakim melalui Angkatan Perubahan Sabah (APS)-Official

LUMPUR, 14 Mei — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria telah menuduh bukan Melayu sebagai taksub perkauman dan menggunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjajah Melayu.
Mengikut naratif dimulakan golongan kanan Umno, beliau memberitahu Utusan Malaysia bukan Melayu marah kerana rancangan mereka untuk menjajah “kita” tidak berjaya.

Harussani (gambar) tidak menamakan kaum mana yang beliau maksudkan akan tetapi mengulangi menggunakan perkataan “mereka” sebagai rujukan kepada dakwaannya untuk menjajah Melayu.
“Ini sebenarnya bukan politik sahaja tapi taksub perkauman. Bila kehendak sendiri tak tercapai yang jadi mangsa rakyat. Mereka ikut sertai dia membantah supaya dapat jajah kita, hapuskan Perlembagaan tapi....rancangan mereka tak jadi begitu, ini yang mereka marah.

Mereka undi Melayu langsung tidak, kita pula tolong mereka kalahkan Melayu. Tetapi tetap kalah dan bila begitu, kata tak betul,” katanya dipetik dari akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia..TMI

cuba faham betul-betul apa maksud mufti tersebut...

Perpaduan kaum yang terjalin selama ini di seluruh pelusuk negara cuba digugat oleh manusia-manusia tidak berhati perut dan mementingkan diri sendiri. Keharmonian hidup dalam mengecapi kemakmuran negara harus dikekalkan.

Jangan termakan hasutan suratkhabar dan individu-individu berpengaruh yang membawa mesej perkauman. Biarkan sahaja mereka dengan dasa perkauman mereka. Jika tiada sambutan maka segala hasutan mereka akan terbenam begitu sahaja.

adios

1 comment: