Thursday, April 18, 2013

Zul Kulim punya pasal UMNO Shah Alam dikhabarkan tutup bilik gerakan

Khabar gembira buat penyokong Pakatan Rakyat apabila Umno Shah Alam menerima tamparan hebat susulan daripada pengumuman Zulkifli Noordin sebagai calon BN semalam.

Dipercayai setakat ini, sekurang-kurangnya tiga bilik gerakan Umno sudah ditutup sejurus mengetahui Zulkifli dipilih untuk menentang bekas penyandang, Khalid Samad dari PAS.

"Orang kuat Umno di sini yang memberitahu bahawa mereka tahu rancangan itu sejak semalam lagi dan setakat semalam sahaja tiga bilik gerakan telah ditutup, mungkin di peringkat cawangan," kata pengerusi salah sebuah masjid di situ yang enggan namanya disiarkan.

Seorang pengurus di salah sebuah kilang di Shah Alam pula memberitahu, beberapa orang kuat Umno Shah Alam yang beliau temui petang tadi dan malam ini merasa sangat malu apabila Zulkifli dicalonkan sebagai calon BN di situ.

Noh Omar nak jadi MB Selangor... wakaka
"Tadi, masa saya pergi solat berjemaah di masjid, pencalonan Zulkifli jadi bahan gelak ketawa," kata pengurus salah sebuah kilang di Seksyen 16 itu yang juga tidak mahu namanya disiarkan.

"Terpulang kepada pemimpin BN untuk memilih calon yang terbaik ... Malangnya, mereka merasakan bahawa Zulkifli adalah calon yang terbaik. Mereka mempunyai persepsi yang unik apa yang rakyat Shah Alam mahu," kata Khalid.

Beliau juga menyifatkan pencalonan Zulkifli itu sebagai isyarat jelas bahawa para pemimpin Umno dan BN tidak mempercayai Umno Shah Alam.-Jalan Pulang

Belum apa-apa orang sendiri dah tolak dia. Apalah nasib Zul Kulim. Bila nak datang Shah Alam? Buat kunjungan bodek pengundi Shah Alam khasnya Kota Anggerik. 

Kaum india pastinya menolak Zul Kulim kerana pernah menghina agama hindu walaupu telah memohon maaf. UMNO pulak tak suka dia sebab dia seorang 'penumpang' dan bukan UMNO sejati.

Agak-agak berapa ramai orang-orang UMNO akan mengiringi dia ketika kunjungan ke Shah Alam?... Gua tak boleh bayangkan dia berseorangan kerana dipulau oleh UMNO dan MIC Shah Alam. wakaka.


Sumpah laknat Saiful Bukhari - Lihat siapa yang kena laknat



adios

No comments:

Post a Comment