Thursday, April 4, 2013

Wan Azizah tidak akan bertanding

Bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu disahkan tidak akan bertanding dalam mana-mana kerusi DUN di negeri yang dikuasai KEADILAN bersama PAS dan DAP itu.

Pengumuman mengejut itu dibuat sendiri ketua umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dalam satu temubual bersama penyampai berita stesen televisyen satelit, Al Jazeera petang semalam.

Ia sekaligus menamatkan teka teki sama ada dia bertanding atau tidak.

Penggantungan Wan Azizah bertanding kerusi parlimen hanya akan berakhir Julai nanti setelah meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding kerusi Permatang Pauh dalam pilihanraya kecil Ogos 2008.

Sebelum ini Wan Azizah dikatakan akan bertanding di DUN Sri Muda atau DUN Pelabuhan Klang dan sekiranya menang, dia akan dilantik menjadi menteri besar pertama Selangor dari kalangan wanita.

Malah, bekas ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei juga bersedia memberi laluan kepada Wan Azizah untuk bertanding di kerusinya dan dijangka akan bertanding di DUN Pelabuhan Klang yang kini bekas ADUN nya, Badrul Hisham Abdullah keluar KEADILAN dan menjadi bekas ADUN Bebas.

Tetapi sumber dalaman memberitahu, bekas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang bertanding kali ini dijangka akan mengisi kekosongan DUN Pelabuhan Klang dan meninggalkan kerusinya di DUN Ijok.

Khalid yang juga sah bertanding di parlimen Bandar Tun Razak buat penggal kedua berturut-turut dipercayai mengintai DUN Pelabuhan Klang dan calon bagi DUN Ijok sudah dikenal pasti.

Pengumuman awal sebelum ini menyebut Wan Azizah akan bertanding bagi mengimbangi kedudukan Khalid selaku bekas menteri besar dan Pengerusi KEADILAN Negeri, Azmin Ali.

Namun ia tidak menjadi kenyataan dengan beberapa alasan antaranya, sekiranya Pakatan Rakyat menang dan Anwar dilantik menjadi perdana menteri, status Wan Aziziah ialah isteri perdana menteri dana adalah tidak molek jika seorang isteri pemimpin nombor satu negara menjadi ADUN atau menteri besar.

Selain itu, Wan Azizah masih diperlukan untuk berada di kerusi presiden sebagai simbolik terhadap sifat keibuannya yang boleh menjadi 'orang tengah' menyelesaikan pertikaian yang timbul dalam parti.

Ia juga bagi mengelak propaganda penyokong Barisan Nasional (BN) bahawa KEADILAN adalah parti anak-beranak seperti yang pernah terjadi sebelum ini apabila Wan Azizah menjadi ahli parlimen Permatang Pauh dan anaknya, Nurul Izzah pula menang kerusi parlimen Lembah Pantai dalam pilihanraya umum lalu.

Kini BN sudah tidak ada modal lagi untuk menyerang KEADILAN kerana hanya dua ahli keluarga Anwar yang akan bertanding kali ini.

No comments:

Post a Comment