Monday, April 29, 2013

Umno Terus Terima Tamparan Hebat Di Johor!


Rupanya bukan setakat Sabah dan Sarawak sudah goyang, nampaknya angin perubahan kini melanda negeri di selatan Semenanjung Malaysia ini.

Calon Pakatan Rakyat parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mengucapkan jutaan terima kasih kepada bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Zaid Ibrahim kerana menerima jemputan untuk menjadi penasihat kepada Pakatan Rakyat dalam pertarungan di Johor untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) mentadbir di Putrajaya selepas PRU-13, 5 Mei ini.

“Saya juga berterima kasih kepada Zaid kerana berceramah menyokong pencalonan saya di Gelang Patah ketika berceramah di Taman Nusantara, Gelang Patah, malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Kit Siang juga meminta BEKAS perdana menteri, Najib Razak yang mengetuai kempen BN di seluruh negara supaya bertindak bersih, adil dan jujur serta tidak dicemari oleh politik wang.

“Saya bercakap bagi pihak Pakatan Rakyat menyampaikan mesej ini kepada Najib supaya PRU-13 ini berjalan secara paling bersih, bebas dan adil, dan bukannya yang paling kotor, tidak bebas dan tidak adil dalam sejarah 56 tahun negara.

“Selepas menunggu empat tahun, rakyat Malaysia menaruhkan satu harapan baru tanpa mengira sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban kepada pemerintahan politik baru melaksanakan perubahan secara aman dan demokratik,” katanya.


Menurutnya, atas sebab itu beliau dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub sanggup meninggalkan kerusi agak selamat di Ipoh Timur, Perak dan Kubang Kerian, Kelantan bersama Jeneral (B) Md Hashim Hussein (KEADILAN), kembali ke Johor untuk mencetuskan tsunami politik bermula dari selatan sampai ke utara dan menyeberangi Laut China Selatan ke Sabah dan Sarawak bagi melengkapkan tsunami politik pertama pada PRU 2008.

Katanya, pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat bertindak berani untuk mencapai impian walaupun Presiden MCA, Chua Soi Lek menuduh sebagai tidak masuk akal apabiola sanggup meninggalkan kerusi selamat Ipoh Timor ke Gelang Patah, sebagai kubu kuat BN yang memenangi dengan hampir 9,000 undi majoriti pada 2008 dan 31,666 undi pada 2004.

Selain itu, Lim Kit Siang berkata, beliau tidak pernah menuduh BEKAS menteri besar Johor, Abdul Ghani Othman sebagai “perkauman” kerana percaya dia bukan seorang “perkauman” seperti pemimpin Umno lain.

Katanya, atas sebab itu juga Abdul Ghani dipelawa bersama beliau pada persaingan di Gelang Patah dan Johor secara bersih, adil dan sopan dan visi tanpa sentimen agama, kaum dan mengamalkan politik wang.


Pengerusi Barisan Nasional Johor yang juga calon BN di Gelang Patah itu dilaporkan menyatakan kekecewaan beliau apabila mendakwa dituduh bermain isu perkauman.

“Saya tidak tahu di mana Abdul Ghani mendapat maklumat itu dan turut hairan kerana saya tidak pernah kata Abdul Ghani adalah rasis.

Saya juga tidak percaya Abdul Ghani rasis.

“Calon BN Gelang Patah adalah seorang lelaki Melayu klasik yang dihormati kerana pandangannya yang sederhana dan rasional.

Saya tidak mempunyai masalah untuk memberi kredit kepadanya yang membawa pembangunan dan kemajuan kepada Johor dalam tempoh 18 tahun sebagai Menteri Besar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kit Siang berkata, Abdul Ghani tidak seperti dua pemimpin Perkasa, Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin kerana Abdul Ghani seorang pemimpin politik yang sederhana dan rasional dan terbuka.

Kubu Umno di Johor dijangka berdepan dengan masalah besar ekoran beberapa siri pemboikotan calon yang dipilih Najib seperti di DUN Gambir dan parlimen Pasir Gudang seperti yang diketahui beberapa minggu sebelum pembubaran parlimen 3 April lalu.

Daripada 56 kerusi DUN di negeri ini, Pakatan Rakyat mensasarkan untuk memperolehi sekurang-kurangnya 29 kerusi selain mengekalkan enam DUN yang dimenangi dalam PRU-12 lalu di mana DAP menang di empat kerusi sementara PAS dua. - Jalan Pulang


Pemimpin BN dijangka sambut keputusan PRU13 di luar negara



adios

No comments:

Post a Comment