Saturday, January 4, 2014

Penjawat Awam Putrajaya sah tolak BN - beri sokongan maksima di ceramah Pakatan Rakyat

TG Hadi Awang di presint 16 Putrajaya.








Kakitangan awam yang mendominasi populasi Putrajaya bersesak-sesak menghadiri ceramah Pakatan Rakyat malam tadi. Keangkuhan BN pasti berakhir di Putrajaya. Penjawat awam sudah semakin bijak menggunakan segala hak yang ada pada mereka mengikut perlembagaan.

Penjawat Awam mungkin mengeluh kerana gambar mereka menghadiri ceramah Pakatan Rakyat disebar secara meluas di internet. Ramai masih takut akan tindakan tidak rasional yang bakal dikenakan ke atas mereka.

Justeru itu Pakatan Rakyat telah menyediakan ruang untuk membuat aduan sekiranya berlaku ugutan daripada sesiapa sahaja termasuk ketua jabatan masing-masing. Pakatan Rakyat telah mewujudkan Biro Pengaduan Awam yang diwakili oleh lima orang peguam.

Penjawat Awam yang diugut boleh menghubungi talian 013 6350971 atau 013 6710027 untuk membuat aduan.



Jangan takut lagi. Ketahui hak anda. Tiada kewajipan mengundi BN dikenakan ke atas Penjawat Awam. 

Luangkan masa 3 minit anda untuk mengetahuai kewibawaan Husam Musa calon PAS Putrajaya



Kenapa mamat ni cemas semacam jer? wakaka

Ini tindak balas Najib selepas kejayaan program Pakatan Rakyat semalam
"KALAU SAYANG SAYA ,TOLONG SAYA NANTI"

Oleh Zurairi AR
PUTRAJAYA, 18 April — Penjawat awam hari ini diminta untuk membantu Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya akan datang semasa beliau melancarkan projek perumahan mampu milik, eksklusif untuk demografi di sini.

Perdana menteri kerajaan sementara itu turut menyelar calon PAS bagi kerusi parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa yang merayu undi di sini sejak pencalonannya diumumkan minggu lepas.

“Saya tak lupa jasa penjawat awam ... Kalau sayang saya, tolong saya nanti,” kata Najib kepada penjawat awam yang memenuhi auditorium hotel The Everly di sini yang mengangkat sepanduk “Saya Sayang PM” kepadanya.

Najib di sini untuk melancarkan perumahan 1Malaysia untuk penjawat awam (PPA1M) yang menawarkan 10,336 unit rumah berukuran 1,000 hingga 1,500 kaki persegi berharga RM150,000 dan RM300,000.
Projek ini telah dikritik oleh Husam malam tadi dalam perhimpunan besar pertamanya yang membangkitkan harga mahal hartanah di Putrajaya berbanding dengan jirannya di Bukit Damar, Dengkil.

“Kalau ada sehari dua ni orang turun nak minum teh dengan kita di kantin. Hati-hati lah ya,” kata Najib merujuk kepada Husam yang sudah mula mendekati penjawat awam di sini.
“Ini bukan soal dia daripada negeri ambo ... Ini soal masa depan negara kita,” kata Najib. TMI

Persoalannya , ada ke ornag yang sayang dia selain rosmah dan keluargany? wakaka... kihkihkih, kahkahkah

ADIOS

No comments:

Post a Comment